Friday, January 7, 2011

yang mana satu ni?

Kalau ikut dalam IC, nama saya Siti Mahirah binti Muhamed Kamal

Hairan, sejak dari masuk sekolah sampai la umur 23 ni, tak pernah orang panggil saya Siti. Saya bukan kisah pun kalau panggil Siti kan lagi senang sebab Mahirah macam panjang sangat.

Disebabkan panjang lah macam-macam nama family, kawan-kawan bagi. Sampai rasa lupa nama saya Siti Mahirah.

Kalau kat rumah mama and baba panggil Mira. Napa dalam IC tak letak Siti Mira ke. Mira Edora ke.
Anak-anak buah pulak sedap sedap je ubah nama Mira tu jadi Nyah..sedih (=_=') perempuan tulen tapi kena panggil nyah. Aunty Nyah. Tak ngaku pls. Masa pegi jalan-jalan suka je nak panggil Aunty Nyah kuat-kuat bagi semua orang dengar. Itu Aunty Nyah okay lagi kan. Kalau Tintinyah? Ha ni anak buah sulung yang start panggil sebab masa dia kecik pelat nak panggil Aunty. Buruk benar dari Aunty kepada Tinti. Mira jadi Nyah. Bergabung=Tintinyah. Memang bertuah punya budak. Ini baru family...

Kawan-kawan pun sama.  Dari form one..Mahirah jadi pendek. Mahhh ooo Mahhhh. Macam cerita kat tv makcik selalu diberi nama Mak Mah..terasa macam orang tua tapi ku telan juga.
Tak kesah la kawan-kawan punya pasal. Melekat nama tu sampai sekarang.

Bila masuk kolej..tuka lagi. Krisis Identiti!.Sorang start panggil Ira pulak. Biasalah sorang dah start yang lain mengikut. Yang dak cina pulak salah dengar kot panggil Erra. Kejap Ira kejap Erra. Pening dah. Sampai skarang pon lekat nama Ira. Dalam Facebook/Twitter bila schoolmates panggil Mah, kawan kolej dah blur..

Start working i just want to stick to one name. Masa introduction tros suruh orang panggil Ira je. Fenin la ana macam-macam nama diberi.

Kadang-kadang bila terjumpa kawan sekolah, terbahasakan diri Ira. Bila jumpa kawan kolej, terbahasakan diri Mah.

I think i just need time to adapt. 

Ops tambahan. Terlupa pula. Baru-baru ni my sister in law and tunang abang ada bagi nama baru. Gomo! Ada ke Gomo. Adalah sebab musababnya yang malu nak ceghita kat sini. Maybe later. FYI, my dad is from Kelantan. Tapi kitorang satu family x reti nak kecek. Kelantan murtad. Nanti saya cerita kenapa. Dah jangan nak gatal panggil kita Gomo jugak.

Anyway, kenapa tak Panggil Mahir je? Baru Famous macam Maher Zain. ^_^

6 comments:

Fatima said...

cute picture! :)

taqiyue said...

byk sgt nickname ni..aishh bile nk citer knp satu family x ckp klantan..nk tau ni..

mahirahkamal said...

alamak ada juga orang nak bca entry ni.

taqiyue : hahaha kalau tak cita boleh tak. nnti kita cita eh. :p

taqiyue said...

haha. okeyy!

taqiyue said...

haha. okeyy!

eurasia said...

mmm... hati nak buat kebaikan dan memimpin orang atau nak betul.. diri pula nak semuanya teratur, disukai dan famous serta membuat kebaikan... persepsi orang terhadap diri pula nampak bergaya, teratur, kepimpinan, nak berjaya atau capai target dan menjaga perhubungan....Keluruhannya, perlukan 1. Peraturan & Kepimpinan, dan 2. Membuat Kebaikan. Sajer jek!