Saturday, January 8, 2011

BEBAS ITU JELEK

Tiba-tiba rasa nak serious dalam entry ni.


Satu-satu nya wish list yang saya nak untuk tahun ini adalah kunci kebebasan.

Tapi.. Mungkin tidak. Be careful of what you wish for baby.

Bebas membawa banyak pengertian. Awak mungkin dah biasa bebas. Tak kira dalam apa jua..Bebas berpacaran, bebas berpeleseran, bebas bersuara, bebas menulis, bebas orientasi? Dunia sudah akhir zaman. Makin ramai jadi free thinker..kebebasan ibarat kerakusan nafsu manusia. Agama, jatidiri dan bangsa sudah menjadi alas kaki.

Saya bersyukur. Mungkin inilah sebabnya kenapa saya masih daddy's little girl. Kebebasan tanpa batasan adalah faktor saya masih ada curfew. Parents sangat prihatin dengan siapa saya berkawan, dengan siapa saya berpacaran, dengan siapa saya hang out. Kadang-kadang hampir give up, mujur selalu terbaca sisipan akhbar. Bunuh sana Bunuh sini. Buang Bayi. Simbah Asid. Bebas membunuh! Bebas mencederakan orang lain! Di kala akal menjadi kuli, dan nafsu merajai diri..kita akan rasa dunia ini milik kita. Setan di kiri, kanan depan dan belakang.Manusia hilang pertimbangan. Hilang pedoman.

Cemas bila tengok news. Cuak bila semakin ramai terpedaya tipu daya orang ketiga. Syaitonira'jim la ape lagi.

Bebas memerlukan sedikit kewarasan akal untuk menikmatinya tanpa dicemari dengan  benda tidak sepatutnya.

Sometimes i feel jealous to see my friends easily can go anywhere they want to as long as they take care of themselves. Well i know, my parents believe in me, they just don't believe the people out there. Maaf, segelintir manusia sudah tiada bezanya dengan haiwan..manusia makhluk paling berbahaya. U watch out. Bebas di dunia takapa..Dunia ibarat penjara untuk orang beriman, dan syurga untuk orang yang ingkar.

Sedangkan kita tahu bukan, yang bezanya manusia dan haiwan adalah akal. Use your intellect, berkali-kali dalam Al-Quran ada mention. Hati kita penuh sifat Mazmumah. Sifat yang tidak baik. "Follow your heart" hanya satu propa dari barat. Mana ada dalam Quran suruh kita guna hati. Sebab iman manusia boleh berkurang ..Pagi beriman, petang lalai. Begitulah sebaliknya. Sebaiknya hati ini kita buat untuk mengingati mati. ^_^  Kalaulah kita dapat tengok hati kita..tak mungkin sesuci Nabi Muhammad.. Hati saya confirm hitam walaupun tidak merokok..hati anda bagaimana? Tak putih cepat amik clorox sekarang.

Mungkin kalau saya dapat bebas seperti anda di luar sana, saya tak dapat mengawal diri saya. There's a reason kenapa sampai sekarang saya masih dikawal rapi dan dijaga bagai budak sekolah darjah satu. Pernah suatu ketika, parents pernah tak mesej. Selalu kalau pukul 6pm tak balik lagi dah mesej dah. Hati tertanya-tanya, asal diorang tak tanya ni. Saya pulak yang resah. Sebab dah biasa kena tanya balik pukul berapa,pergi mana semua in detail. So bila tak tanya saya rasa kurang lengkap..tak best pon bebas? Rasa tak ada orang care pasal kita. tak ada orang yang concern apa kita lakukan. Itu lagi pathetic..

Tak apa lah ayahanda, bonda. Saya faham Saya pun tak mahu anda bebaskan saya. Saya takut dengan kejelekan di luar sana. Saya tahu anda berdua sayangkan saya dan tak mahu terperdaya dengan syurga dunia.
credit : deviant art
Bebas itu jelek. Itu bagi saya. Saya tahu, bagi anda ia membawa pengertian yang lain. Setiap tafsiran berbeza. Jika anda bebas sekarang, appreciate it while you can..kita tidak tahu samada lusa, esok, adakah bebas itu masih milik kita.

Jika anda bahagia dengan kebebasan yang anda kecapi dengan kewarasan akal, tahniah, anda berjaya berjaya menggunakan intellect dan akal kurnianNya. Sila teruskan membina benteng iman sebab si Setan takkan berdiam diri dan akan terus menyerang anda semua sehingga akhir hayat anda.

Pinjam kosa kata indonesia: Jelek : buruk/ kurang elok

4 comments:

noir said...

enjoyed this article. anda beruntung punya parents yang prihatin

mahirahkamal said...

alhamdulillah.

LoLyat Gang said...

semakin hari saya semakin jauh dari agama

itulah yg saya rasakan

mil said...

ak setuju dgn hg. zaman sekarang manusia memang terlalu rakus untuk mencapai kebebasan.sometimes, kebebasan tu bagus klau ditafsirkan ke jalan yang betul.
entry hg memberi inspirasi baru untuk ak berkarya.