Friday, January 7, 2011

happykan orang lain, diri sendiri merana






Banyak tak dalam dunia ni orang yang suka gembirakan orang lain tapi diri sendiri diabaikan. Berapa ramai yang begini..adakah minority atau majority.

Dalam hidup ini, pengajaran pertama untuk survive adalah untuk menyayangi diri sendiri. Kalau tak sayang diri, macam mana kita nak menjaga orang lain..

Kalau lelaki : Nak beli untuk cinta hati barang yang mahal-mahal and belanja makan tempat hotel-hotel mewah je. Takde duit pinjam member serumah.. Come on guys, korang belum kahwin lagi. Lagipun happiness ni tak pernah ada limitnya. Kepuasan tu lagi lah infinity untuk orang-orang yang kejar duniawi. Tak salah spend untuk yang tersayang tapi jangan lah sampai jadi kais pagi makan pagi lepas tu menyusahkan orang lain. Tolong-tolong jugak bro..Simpan lah duit tu buat kahwin. Baru la betul niatnya. Kalau betul sayang apa kata duit yang korang laburkan beribu-ribu untuk material si dia tu tukar buat hantaran.. lagiii suweet

Kalau perempuan : Ni bukan dari segi material la. Ini jiwa. Teman lelaki yang suka kongkong ni susah jugak.Gf awak sanggup tak keluar dengan kawan-kawan dia semata-mata nak jaga hati awak tu. Dia sedih pun bukan awak tau. Yang penting hati awak bukan hati dia. Perempuan ni pon satu, dalam dunia ni mana ada hidup berdua. Kalau wife lainlah kena patuh, taknak dicop derhaka. Ni belum nikah dah taat. Urusan agama takmau taat pulak. Sekeh kang. Nanti kalau gaduh dengan boyfriend siapa dulu kau carik? Kawan-kawan juga kan.

Ada juga yang rela diperlakukan sebegini rupa sebab taknak kehilangan boyfriendnya .Hilang kawan? So what? Hish , percaya lah Tuhan tahu apa yang kamu tidak tahu. Prepare for the worst because we never know what awaits us at the end.


Deviant Art Image

Selalu tak dengar ayat " i love u more than i love myself". Tahla, mungkin hanya propa atau ada yang really mean it. Tapi kalau ikut akal atau dalil aqli, kita tak boleh sayang apa-apa pun lebih dari diri kita sebab bila benda tu diambil dari kita, kalau tak fikir secara waras, senang-senang je amik keputusan nak buat benda bukan-bukan.
  1. Bunuh diri
  2. Cederakan diri sendiri sambil toreh nama orang tu
  3. Amik benda mabuk mabukan macam dadah, pills dan arak
  4. Cederakan orang yang kununnya disayangi( ni masuk ketegori mental disorder)
  5. Jadi player wannabe * loser to da max
  6. Makan tak mahu, mandi sebulan sekali, hari-hari melalak sambil peluk bantal 
Amboi tubuh badan tu awak punya ke?
    Cuba buat sejuk sikit hati mak bapak awak ..Jangan bagi depa risau.

    Untuk yang pertama mestilah, back to basic. Bukan apa, tips back to basic ni selalu la saya tengok orang letak last sekali. kenapa? Tak cukup penting ke?
    1. Repent yourself..Muhasabah diri.Recite Ayat suci dan kalau boleh faham la maksudnya sekali
    2. Cuba belajar hargai diri sendiri. Talk to yourself, like when do u really enjoy your meal, when do you really get to go where u want to, what makes you yourself or what do you really need in your life instead of wants.
    3. Bersyukur lah dengan nikmat yang diberi. Awak susah? Ramai lagi yang susah. Lihat orang di bawah anda yang kurang bernasib baik.
    4. Activity. Yes beriadah. Goooo and get sporty macam rock climbing. Naik beskal kat taman-taman dengan orang tersayang macam family and kawan-kawan terdekat. Mungkin selama ni tak dapat nak buat sebab orang-orang tertentu, now go for it bebeh.
    5. Perempuan suka shopping kan? Pegi lah, walaupun kadang-kadang tak beli apa-apa. It's a motivation.
    6. Bagi yang suka membaca, tukarlah sikit rak buku yang penuh majalah hiburan mangga, urtv, cleo etc tu kepada yang lebih ilmiah. Tak da lah suro tuka semua. Beli satu dulu. Contoh terbaik La Tahzan..
    7. Makan! Terjah tempat-tempat best kat KL ni. Banyak tau tempat makan best. Sila tengok food blogger. Memang serious tak jadi sedih !! Makan selagi boleh.
    8. Travel. Kalau ada duit lebih sikit pegi lah tempat yang jauh sikit. Tapi dalam negara pon boleh. ^_^
    Dah cukup. Melampau pulak nak jadi pakar motivasi. Kalau tak berkesan jugak saya cadangkan anda jumpa pakar sakit jiwa.

    Love yourself..always you first. Bukan selfish tapi hakikat yang kita biasa abaikan untuk kepentingan orang lain. Hargai diri anda, barulah reti nak hargai orang lain dalam context yang betul.. jangan men hentam je cakap "i love you more than i love myself". NO NO NO NO. 

    Please don't get offended. Just my point of view. Opinion tak ada salah, tak ada yang betul kan. Ape kata anda?




      1 comment:

      eurasia said...

      "love yurself first" or "positivism" dan yg seangkatan dgnnya adalah idea yg dicipta dari concept "aku, aku dan aku"... sdgkan asal ciptaan manusia itu ialah bukan "aku"... gelas yg dipenuhi air tidak akan ada lagi ruang memasukkan air baru.. lu fikirlah sendiri! he...