Saya selalu berpegang satu pepatah, easy come, easy go. Sesuatu benda yang kita dapat dengan mudah dan pantas, sukar untuk kita hargai untuk jangka masa yang panjang. Mungkin ada yang hargai tapi nisbah amat sikit. Susah dapat, susah lepas. Camtu la lebih kurang.
Kalau ada yang single tapi tak mencari salah ke? Asal single je terus nak sambar..gelojoh betul. Let them enjoy their single time. Mungkin ada sebab mereka masih sendiri. Contoh sebab luka lama masih terpalit dan tak bersedia lagi untuk commit.
Pengalaman tu guru terbaik. Single tapi tak mencari adalah bagi mereka yang sudah lali dengan drama percintaan..dah berapa ramai drama king atau drama queen yang ditemui sepanjang perjalanan. Semua jadikan mereka R & R sahaja. Bila nak jumpa stesen terakhir? Oleh sebab itu mereka ni lebih gemar berkawan dan broaden the circle of friends. Memang tak mencari tapi dalam hati mesti ada terdetik akan jumpa dengan Mr/Miss Right. Tipu kalau cakap takde. Bagi mereka ini adalah jalan terbaik untuk move on with life without any commitments ataupun bila dah dapat yang sesuai, mereka akan terus berkahwin tanpa perlu lalui fasa in a relationship. . Tak payah nak couple-couple ni. Enough. Ceh tetibe nak emo pahal. =_=' baik mengaku sekarang. FINE, boleh dikatakan saya pun nak macam tu. Status terus married je. Boleh?
Bila sendiri tapi tak mencari, it doesn't mean mereka sombong dan terus akan reject salam perkenalan. Bergantung pada tahap keikhlasan korang nak berkawan. Adakah anda Friends for something? "Saya ikhlas nak kawan dengan awak" Ayat klise' kan? Macam mana nak detect keikhlasan? Let God make the judgement. So tak perlu nak claim diri awak ikhlas seolah olah puji diri sendiri. Saya faham, ada segelintir yang betul-betul ikhlas nak berkawan tapi mungkin Si Sendiri ni dah immune dengan ayat Saya ikhlas. Udah-udah le tu ayat sama. Tak kira laki mahupun perempuan, akan terpacul jugak ayat Saya ikhlas tu. Cuba olah sikit creativity masing-masing. Bukan suruh jadi sweet talker, this is effort that i'm talking about. Usahalah jika ikhlas mahukan Si sendiri yang tidak mencari ni. Usaha tu ada macam-macam kan..mulut atau action? Action works better untuk Si Sendiri ni sebab words are too much to swallow. Enough la kata-kata pujangga. Dia akan teruja dengan action anda. ^_^
Si Sendiri tapi tak mencari mungkin sudah ada criteria yang menjadi kayu pengukur untuk berkawan disebabkan pengalaman silam yang selalu hujan ditenghari. Bukan memilih tapi berhati-hati. Faham la sikit dan jangan nampak anda terdesak sebab dia cukup anti dengan si terdesak.Slowly dia akan menghilangkan diri jika anda nampak terdesak di matanya.
Oleh itu, macam saya katakan awal-awal tadi *curik quote dari twitter kot* Don't want you as R & R, i want to make u my destination. PENAT TAU BERHENTI BANYAK KALI. Bila nak sampainya? Minyak dah habis banyak, tol lagi. If you wanna play around, golongan ni bukan lah orangnya. Go seek for Single but not available people sebab mereka memang tengah mencari dan mahukan relationship. Malu tapi mahu kononlah kan. Janji kau hensem dan kaya. Okeh kalau dah cukup syarat, GO. * serious tulis guna emosi tanpa berfikir dengan waras*
Ini adalah entry syok sendiri dan ditulis atas dasar emosi plus pengalaman sikit-sikit. Mungkin entry saya kali ni sesuai dicop like talk to the hand ? Tah ilmiah ke tak saya pun tak pasti. Nak bantai kritik silalah. I would love to hear from you guys.
tempat lain tak de ke? Kereta kereta kereta |