Tuesday, February 1, 2011

Please be my Valentine

Confirm. Hari ni pegi beli belah tiba-tiba mata jadi sakit sebab kedai  dah start tema kasih sayang..MERAH dan HEARTS are everywhere. Masuk February je camni. Tension. Campur pulak dengan hiasan Chinese New Year lagi lah meriah kemerahannya. Adakah terlalu awal untuk entry Valentine? Maaf, kebencian yang menebal terhadap hari tersebut mendorong untuk menulis lebih awal. Jari dah gatal.

Setelah 24 tahun bernafas, saya syukur masih waras dan tak sambut menda-menda lagha nih. I mean come on..logically, hari kekasih tu untuk satu hari je ke? Kau sambut hari kekasih satu hari, lepas tu kau buat macam hari-hari biasa. Hambar nya kalau dapat kekasih macam ni. Kenapa tak hargai orang yang kita sayangi setiap hari? Birthday tu lain la sebab memang hari lahir setahun sekali, takkan hari-hari nak sambut. =_='

Seperti juga hari ibu atau hari bapa, kita tak perlu tunggu hari tu muncul untuk hargai mereka. Anywhere anytime pon boleh kan. Banyak cara nak tunjukkan kasih sayang. Tak semestinya bila beli hadiah mahal, Oh ini tanda cintaku padamu bla bla bla. Hadiah tu kewajiban ke? It's like a signal that on 14th February, present is a must. Baik, berbalik pada hak individu itu duit korang tapi bila guna akal yang berharga, adakah ia necessary? Pada hari kekasih saya terasa mual sebab melihat terlalu ramai couple yang "tidak sah" bercengkerama  dengan style pegang teddy bear besar plus box of chocolate yang encik boyfriend kasik. Agama Islam tak ajar pembaziran, lagi-lagi invest untuk orang yang tak sure lagi dia tu untuk kita. Tak ada guarantee yang dia tu akan kahwin dengan kita. Why would you waste your money, atau lebih tepat lagi your parents money. Mungkin apa yang saya tulis agak harsh tapi kebenaran memang menyakitkan.

Kasih sayang bukan untuk tontonan umum? Kadangkala saya terfikir, cinta perlukah dipaparkan dikhalayak? Ada yang masa bercinta, lautan api ku renangi, hari kekasih tak pernah miss. Bila dah kahwin, semua tah ke mana. Isteri dah boyot malu nk jalan dengan isteri. Saya tekankan di sini tak semua begitu. Segilintir. Sayanglah, Tuhan bagi nikmat perkahwinan tapi disia-siakan sebab sebelum kahwin mungkin dah try semua. Wallahualam. Suami isteri lainlah..ada lesen besar dari yang di Atas tu. Saya suka bila tengok suami isteri yang masih tunjukkan kasih sayang di luar, all the sweetness are HALAL sebab tu ia indah untuk dipandang dan tak sakit mata..sweetness di sini bukan bermaksud body contact sahaja ye..romantik tu kan subjektif. Kalau hanya body contact semata-mata that is lust!

Anda kata Saya Cemburu? Silap lah, sebab ayah bonda dah beri lebih dari cukup =0 Kasih sayang mereka lebih besar dari kasih sayang girlfriend dan boyfriend tahu tak? Kasih sayang suami je belum lagi. Nabi kata kasih ayah bonda bawa ke syurga, tapi kasih gf/bf membawa ke mana? Pandai la fikir sendiri, tu pun kalau sudi nak pakai akal pemberianNya tu.


Bila tegur kawan-kawan mereka marah kita balik, katanya semua ada pendapat masing-masing.Yeah you're right!*nada sarcastic* Saya tak salahkan mereka berfikiran demikian. Biasalah tu, When we have someone beside us, everything we see is rainbow..  Cuba kalau tengah berhentam, terus keluar ayat kau ni*@#&*@(&#*@(&(!! dari panggil Baby trus jadi binatang yang bermula dengan B juga.

Kalau dari segi agama sambut menda alah ni dah sah Haram. Kebanyakan yang celebrate pun orang Islam. Tolonglah bangun ! Persoalannya, kenapa ramai muslim yang involve dengan propa barat ni..Hari lahir Junjungan besar Nabi Muhammad kau tak ingat pulak? Tak buat reminder dalam phone? Well, Hari Valentine memang tak payah buat reminder sebab dah lekat dalam hati. Bila akal dah jadi hamba pada nafsu camni lah jadinya. Pegi sekolah suruh belajar, ni spender pon mak basuh ada hati nak belanja girlfriend. Adik, sian mak kau..jangan lah sia-siakan kepercayaan orang tua kita. Nasib dulu masa sekolah saya sekolah perempuan. Tak de masa nak bercinta dan tak terfikir pun nak mencari walaupun kawan-kawan ramai yang dah bertukar ganti. Biasalah budak nerd dan kurang popular tambah-tambah lagi pakai gigi besi, siapa yang hairan. Baguslah pun semua ada hikmah.

Saya akui lepas persekolahan pernah nakal juga, Syukur, Alhamdulillah akhirnya Tuhan bagi juga terdetik satu naluri untuk berubah..I'm not perfect either. Zaman kejahilan telah lama berlalu, sebab tu saya pilih untuk menulis salah satu usaha saya untuk baiki diri sendiri juga. Saya jadi malu dan segan tengok saudara seislam saya rakus dengan peredaran masa yang makin moden. Mungkin dengan penulisan sahaja saya boleh menegur. Ini selemah-lemah saya. After all, i'm a human being that still in a learning process. Jika tersilap kata, maafkan saya. Kata-kata memang lagi tajam daripada pisau.

16 comments:

Fariq said...

dari dulu tak penah menyambut benda alah ni,, alhamdulillah ustaz n ustazah kat skolah dulu ada cerita sejarah pasal benda ni,, sebab tu tak akan sambut benda ni,, untuk mereka yang berfikiran yg agak weng2 tu,, sila la berubah..

Blog Berunsur Lucah Kegemaran Ramai?

ceritasekupang said...

benda yang haram juga dikejar sebab ianya adalah sesuatu yang menyeronokkan...bila buruk datang menimpa diri baru nak ingat Allah s.w.t.

Jejaka Terhangat said...

hari valentine...last week newspaper pon dah siarkan iklan valentine..terkejut gak la..padahal lambat lagi..

last year valentine gadis2 berkempen taknak pakai sluar dalam masa valentine..tahun ni ape la pulak..ish2..cepat gak masa berlalu ek..

zEri sAfEerA said...

hurm,,, 2 la. sgt sedih la bdk2 skrg ni. sambut valentine tp x tau sjrh d sbalik valentine 2.

anyway, teruskan menulis.

SiSagaPutih said...

thumbs up mahirah. a superb entry.

Lee-Yan-Naa said...

btull...harap2 kita dpt elak dari clbrate pada bnda yg xspttnye..

►AdamXis◄ said...

As salam...bagus entry nie, awal2 nie laa kite ingat-mengingati...kat ganu nie x nampak sgt...sbb majority muslim...kalau bandar kuantan (majority non-muslim), start nampak dah budaya valtnine nie kat shopping kompleks...harap2 org muslim sana x terpengaruh...

Read My Blog said...

Nice entry buat yang masih bangga dapat sambut valentine..

Firdaus Kasim said...

valentine nie sebenarnya org Islam diharam sambut sbb ia menggalakkan maksiat

live.life.love.passion said...

Tak suka dan tak sambut Valentine. Tapi sangat suka perhiasan yang dijual. Semuanya nampak comel2.
Selalunya selain dari hari tersebut,mmg susah nak nampak benda2 cantik ni! Geram.

alinac lover said...

yong pon xsmbut

PinQib said...

i dont believe in luv storys. heheh


GONG XI FATT CHOIII
•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*.¸.•*´¨`*•.¸¸.•*'
(\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
(=' ;') •::::::::HAPPY RABBIT YEAR :::::::::::•
(,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*

|Journey from HELL|
Sorry lama Tak SINGGAH.

KD said...

adik pun tak pernah sambut hari V ni.thank you akak for your reminder. akan ingat selalu :)

Kerro Shinobi said...

xkisah pun psal velentine ni..hahaha...xpnh amik tau

noir said...

good to see a young girl like you berfikiran matang. i celebrate my love on a daily basis. i too wonder kenapa ramai muslim celebrate hari saint valentine. some argue punyai niat berbeda tapi kenapa bersempena hari tersebut?

Kaspersky Seller said...

Salam mahirah. tumpang lalu ye. jom shopping2 kt blog saye. jgn lupe promote kt member2 ye.tq :)

Cheap Kaspersky Online Store - Click Here!

-plz forward- :)
http://cheaper-kaspersky.blogspot.com/