Monday, February 14, 2011

maaf memaafkan


Kata-kata maaf mudah untuk dilafazkan bagi sang pesalah tapi sukar untuk yang memaafkan bagi sang mangsa. Bila hendak memaafkan, mulut kata ya tapi hati belum tentu.


"Aku nak maafkan boleh, nak lupa jangan haraplah"  Ayat klise yang akan keluar dari orang yang baru terkena, dicurangi, disakiti, dikhianati atau apa saja yang sewaktu dengannya. Susah sangat kah nak ikhlaskan atau memaafkan tanpa rasa dendam dan tak puas hati? Sebab tu dah kata awal-awal tadi, ucapan maaf memang mudah tapi untuk memaafkan itu sendiri mengambil masa bukan? "Hard to say i'm sorry" sangat tak relevan dengan zaman sekarang sebab perkataan maaf itu sendiri sangat murah sehingga tak memberi apa-apa makna lagi.

Kenapa saya kata murah?

Yela, cakap I'm sorry tapi buat lagi. I'm sorry tapi mengkhianati lagi. Apa guna mintak maaf tapi mengulangi kekhilafan? Memang kita manusia yang tak lari dari kesilapan tapi apa guna pengajaran? Maafkan aku, aku tahu aku salah, memang tak patut dimaafkan. Beberapa hari kemudian, buat dajal balik. Best ke menghancurkan hati orang lain? Ini dalam konteks apa pun, baik antara kawan, ibu bapa, adik beradik, para kekasih, suami isteri atau any relationships. Jangan salahkan mereka jika sudah hilang rasa percaya kerana ucapan maaf kau yang dah tak ada nilai. God knows . Buat salah memang senang, tapi kena ingat, percaya yang hilang ibarat cermin yang berkecai tak boleh nak digam semula.

Ye ke Sorry seems to be the hardest word? Mungkin tidak, sekarang ni sepah-sepah orang kata sorry tapi tak maksudkannya pun. I don't mean all. Abeh tu segelintir? Tak, sebenarnya memang ramai orang begini. Ucapkanlah kata maaf bila benar-benar maksudkannya. Maaf tak perlu disertakan dengan janji manis untuk berubah. "Mintak maaf sangat-sangat! Aku janji aku tak buat lagi, i'll be a better person for you i swear" TIPU! Manusia memang sukar  pegang pada janji. Paling pasti janji Dia yang hakiki. Janji manusia tak ke mana. " Mak, orang janji tak buat jahat dah dan nak belajar sungguh-sungguh. Maafkan orang" Say like you mean it. Cukuplah memberi harapan pada orang sekeliling. Words mean nothing without actions.

Kepada yang mahu melupakan, haruslah memaafkan terlebih dahulu. Peritnya pengalaman mengajar untuk melakar masa depan yang lebih cerah. We cannot move on if we still have grudge. Tak kira lah orang tu mintak maaf tak ikhlas ke apa, yang penting kita memaafkan dia. Meh nak cite satu benda best, zaman Rasulullah S.A.W, sahabat pernah bertanya siapa diantara mereka yang masuk syurga. Baginda kata semua akan masuk syurga tapi yang terawal ada seorang pemuda ni. Sahabat tengok pemuda ni biasa je, buat sama seperti apa yang mereka buat. Like a normal person, nothing extraordinary. Sahabat dah pelik, lalu siasat la ke rumah pemuda ni, tengok dia buat amal ibadat cam biasa jeh. Nak tau tak kenapa? Baginda pun berkata, sebenarnya setiap hari, sebelum pemuda ni tidur dia berniat memaafkan semua kesalahan orang-orang yang membuat silap padanya dan moga Allah ampunkan dosa mereka. Ada tak sebelum tidur kita fikir camni? Tanyalah diri anda sendiri. ^_^


Apakah yang memaafkan lebih mulia di sisiNya dari yang memohon kemaafan? Isn't it obvious menurut kisah di atas? Mohla kita semua maafkan kesalahan orang yang pernah menyakiti atau menzalimi kita. Tuhan tak jadikan Syurga dan Neraka tanpa sebab. There's good people, there's bad people. Baru seimbang dunia ni. Kan? Kalau semua orang baik, neraka untuk siapa? =_=


p/s : Dengan ini saya mohon maaf di atas kelewatan mengupdate entry sejak kebelakangan ini. Betul-betul mintak maaf ni. ^_^  akan cuba kurangkan kepanjangan entry. ni pon dah abis pendek

10 comments:

zEri sAfEerA said...

owh. sy x pernah x suka entry kamu. teruskan menulis :)

Fariq said...

Maafkan saya ira andai sayamelukakan hatimu.. :p

terfikir sejenak,, pernah x diri ini memaafkan orang.. mungkin orang takde salah kat diri ini kot.. sebab tu rasanye cam tak penah.. :p

btw.. thnx selitkan kisah nabi tu.. InsyaAllah akan amalkan sebelum lelapkan mata...

latest -
-Kenapa Perempuan Selalu Dijadikan Contoh.
-Jom Menang Hadiah Lumayan

nur aisya humaira said...

Assalam Mahirah...:)
InsyaALLAH, sya maafkan semua org yg pernah buat silap kat saya...:)

~ Cik Azz ~ said...

Ye betul tu...

Maaf tu biarlah ikhlas walaupun perit untuk melupakan..

Akak memang jenis mudah maafkan orang.. Cuma ada la satu fmly ni yg susah betul nak dilupakan apa yg dorang dh buat kt fmly akak... Dah maafkan dorang dah, but still teringat...

Jue said...

insaf daku.. memang pun, nak ucap perkataan maaf memang senang, tp untuk memaafkan & melupakan memang susah.. kita kena belajar untuk menjadi seorg yg ikhlas :D

KD said...

serious rindu nak baca entry akak :)
will try to forgive people before go to sleep.insyaAllah.bytheway,saya tag akak http://sheislikearainbowtohim.blogspot.com/2011/02/25-facts-about-me.html

KD said...

serious rindu nak baca entry akak :)
will try to forgive people before go to sleep.insyaAllah.bytheway,saya tag akak http://sheislikearainbowtohim.blogspot.com/2011/02/25-facts-about-me.html

KD said...

serious rindu nak baca entry akak :)
will try to forgive people before go to sleep.insyaAllah.bytheway,saya tag akak http://sheislikearainbowtohim.blogspot.com/2011/02/25-facts-about-me.html

cik Ladies said...

owh Mahirah , adakah ku pernah melukai hati mu?? sila tampo CL laju2 .. hakhak!! entry Mahirah CL amek point2 je . wakakap . tp gadis niey still bace kan :syg

eLFiRa aRisanti said...

love it :)