Thursday, December 30, 2010

Kek Cerewet dan Parti buat anak patung

Last weekend was a hectic one because busy preparing Dalia's birthday bash. Olo bucuk-bucuk dah setahun ye kau. Dah besar nanti dah hot, jangan lupa makcik awak ni.

Anak patung 

Everyone was pretty excited because banyak makanan, kesian kakak-kakak ku yang mahu berdiet... Kambing, Chocolate eclairs, donut, Potato cheese gratin. Semua home made termasuklah Lemon cheese cake and strawberry cheese cake, fresh from mama's kitchen. Emmmm dapnyeh
CHOCOLATE ECLAIRS by Chef Chemon

Black pepper sauce with Potato cheese gratin

Juicy lamb

macam beard papa tapi lagi mantap

Lemon cheese cake with apricot glazing


Apsal saya panggil kek cerewet? Mungkin pada yang expert buat strawberry cheese cake ni, tutup mata je dah siap. Saya punya lah terhegeh-hegeh..berusaha selama 2 jam setengah. It's a non baked cake..tak perlu dibakar. Sebenarnya leceh jugak. Cheese itu cheese ini. Gelatin segala. Strawberry puree haruslah original. Takkan nak guna jem strawberry je? Hancurkan Biskut digestive tu lagi. Hancur sangat tak boleh, kasar sangat pun tak boleh.

Maaf gambar ni guna hp cikai. Gamba kat atas DSLR. Jangan compareeeee~



ya putar manual dulu

nasib ada mesin ajaib ni


cream cheese with strawberry puree. Rupa memang tak lawa

corak spiderman dah datang. rilex je mama guna lidi sate

Tadaa. ni sebelum frozen. 
Pastu lupa nak tangkap gambar  lepas kuarkan dari bekas sebab emdap sangat!

Hanya mampu membantu macam kacau-kacau, masukkan apa yang patut sambil diarah oleh Chef Mama. Kalau mama tak ada, semua orang kempunan kot nak makan cake..bukan taknak beli..tapi tired of cakes and cuppies yang dibeli, manis sangat and tak menepati cita rasa kami. Cantik tak penting janji sedap.. Mama memang expert bab baking ni. Hua..napa tak ikut jejak mama ni. Last-last abang pula jadi chef yang berjaya. Malu (=_=')

Lepas melantak what else?

Tu dia melaram tangkap gambar, macam lah birthday diri sendiri

Yang dukung tu Mama birthday girl..
Ini lah chef chemon and my eldest sista. Budak gumuk tu anak kakak.omel!

Bride to be. Abang ku & future sista.

geget pipi kang dua dua ni

tak tau selit mana tros selit depan sekali

sisterhood!

Ayahanda ku.  



Bad influence

kecik-kecik dah pandai mengada depan camera. Aunty mengajar

em em si demuk. panggil dia baby shaolin

Semua nak jadi keluang man

Lepas tangkap gambar? PENAT lalu TIDUR

SEKIAN

Pergi harimau pergi!

Aff image

MUKA TERUJA

Kan hodoh tajuk kalau translate english-malay. Go tiger Go!!

TAHNIAH MALAYSIA kalahkan INDONESIA wei. For the first time ..bangga! Bukan nak cakap "oh dah menang baru nak bangga". Kira okay lah ada rasa bangga dari takda. Jangan nak complain je rakyat Mesia.  Cuba main tengok langit tinggi rendah.

Oh Kemenangan Suzuki Cup yang sangat mengujakan. Saya dengan ini bukan sahaja berbangga malah mahu berkenalan dengan ehem..ehem. . Walaupun umur kau 21 tapi rupamu seperti lelaki sejati. 

Kejap. Baru dapat news from twitter. DAH BERPUNYA ! * terus awan mendung langit hitam*
Macam lah kalau single kau dapat kan. 


So tak perlu kot letak gambar dia di sini



Gamba team tak apa ^_^

Aff Image
 GAGAH. JERSEY NI HOT LAH. TETIBA NAK BELI SATU

facebook image
AUM!



AFF Image
YOU'RE THE MAN, RAJAGOPAL

Ha,Kan malam tadi dah tidur tersenyum. ^_^


WE ARE PROUD OF YOU SAY WE ARE PROUD OF YOU
* Gaya cheerleeder buat*



Wednesday, December 29, 2010

Dunia tanpa bibik

It's been 3 days since bibik left. Rumah akan aman selama 3 bulan.

Siapa kata tak bole buat keja rumah?? Hari-hari tak bangun lambat dah. Sharp pukul 7 dah turun buat ape yang patut. Mandi macam biasa selepas kerja rumah selesai.

Mama takut sangat kalau bibik takde. Katanya orang perempuan di rumah ni tak boleh harap. Pemalas. Ouch! Statement makan dalam mama tu mencabar kredibiliti ku.

Tengok rumah kami bersih kot sejak dia takda. I think everyone is taking the responsibility to wash their own dish. Kagum kejap. Boleh rupanya basuh pinggan sendiri. Kalau bibik ada bertimbun kat sinki tu..
Kalau camni takyah la ada bibik. Semua jadi rajin. =) Tak payah bayar gaji  pun rumah dah kemas. Okay bibik kau stay indon takyah balik sini dah

No way. Mesti dia balik sini balik. Gaya saya tulis ni nampak sangat anti bibik kan. Bukan apa..tak suka ada pembantu rumah sebenarnya. In general, banyak bibik yang tak baik dari yang baik. Ish tak baik prasangka. Betul, tak semua jahat tapi disebabkan terlalu beri muka dan alasan dah "lama" kerja..sometimes kita sendiri tak selesa nak tegur walaupun bibik kita tu tak buat kerja sangat.

Tak dengki lansung kat dia cuma banyak rasa tak puas hati dengan dia tapi takot dia kecik hati kalau  tegur sebab orang tua. Takdelah tua sangat cam nenek around 40+.Dia dah keja since saya umur 9 tahun,tahun 96. Do your maths. Kat kampung tu dah jadi millionaire kot.

Sedih tau. Sometimes sebab bibik tak buat keja kita kena marah. Sampai hati!! Behtu bagi gaji dia untuk apa? Goyang kaki tengok sinetron?

Tengok sekarang ni..dia takda kita one family boleh je buat kerja. Tak mati pun. Boleh hidup...Maybe dah pampered selama ni, so mentality diorang kalau dia takda rumah berantakan. Meh kita bagi tepukan kat diri sendiri. Nak juga tunjuk foto kekemasan rumah di sini tapi kamera fon huduh.

Mintak-mintak berterusan la semua orang rajin. Tengok orang lain takde maid seumur hidup pun bahagia je.
Seriously, kalau tak ada maid memang automatik jadi rajin. Sebab kita tau tak ada orang nak buat untuk kita. Siapa lagi. So take care of your own things. Don't depends on other people to do it for you.

Sunday, December 26, 2010

Kegelapan bukan kawan saya

Rasa macam pondan sebab umur 23 masih tidur dengan lampu terbuka. What the?

Resolusi 2011 adalah : Tidur dengan lampu tertutup 0_0 berjaya atau tidak. Tunggu result 1 haribulan nanti

Seriously. Sangat malu dengan budak-budak kecil yang tidur lampu tutup. I have no guts to do that. Kalau berani pun..mesti nak kena ada cahaya, seperti buka puntu bilik sikit at least nampak la ada bayang-bayang orang jalan kat luar tu adik atau siapa-siapa lah kan. Baru rasa secure sikit.

Ntah apa saya fikir kalau tidur lampu tutup. Bukan kerana hantu mak limah tapi kerana rasa seperti ada orang perhatikan saya dalam gelap.Cey stalker dalam gelap ke? Poyo lah kau ni Mahirah. Lepas tu belum pikir bawah katil lagi. Dah la bilik betul-betul opposite pokok paling besar kat taman ni. Selalu imagine macam-macam kat pokok tu.

Pernah cuba tidur tutup lampu beberapa kali. ( padahal sekali je kot.sepak karang) Cubaan pertama gagal.  Masa tu rasa cam tak bernafas. 2 jam tak dapat lelap. Kejap pusing kiri kejap pusing kanan. Gaya cam orang angau berangan jatuh cinta...menyusahkan betul. Bencilah dengan korang ni kenapa berani sangat..

Dah baca ayat-ayat suci yang power tu pun hati tak tenang lagi..kena juga on lampu.
If not, sampai esok pagi pun saya takkan dapat lelap. =_=' hambar nya saya ni.

Kau tutup lampu dan pejam je mata tu lah banyak songeh betul. No i won't..jangan harap. Unless ada seseorang teman saya. ^_^  since Abu ( binatang peliharaan,sila lihat entry lama) dah tak dibenarkan menginap di bilik ni sebab dituduh punca kutu berkeliaran jadi tiada siapa yang sudi teman. Takkan nak angkut mak masuk teman tidur sambil tepuk bagi lena kot?

credit yahoo image
Sapa tengok ceghita Monster Inc. Saya cam tu lah ibaratnya. Bezanya cerita tu comel dan lawak .Cerita saya horror dan tiada unsur kelakar lansung. Semuanya ketakutan. Creepy tau. Bukan hantu je terbayang..orang saiko pon saya terbayang juga macam cerita When a Stranger Calls. Rumah tu gelap tapi bila ada orang dia jadi terang. Tengok cepat! Uber cool sebab rumah dia hebat dan naik bulu roma sebab last-last baru tau ada orang saiko dalam rumah dia tu.

Kenapa FEAR FACTOR dah takde??? Macam pernah obses dengan cita tu suatu ketika dulu. When reality shows were so in. Apa daa takot gelap. Tak mencabar lansung kan. Loser. Mana tau dia campak kita kat tempat Mona Fandey ke. Ish takmo bayang takmo bayang

Ingat tak dulu dekat Astro Disney ada cerita Are u afraid of the dark, tukar channel lain sebab sentap tengok tajuk dia.

Kalau ada kawan sleepover tetiba datang keberanian. Terus auto off lampu bilik tidur. Wajib ada orang teman. Padahal kawan pun takot gelap jugak. ^_^

Pernah sekali blackout masa tu dalam bilik, terus cabut turun bawah terjerit-jerit. Sopan dan ayu masing-masing tak wujud lagi. Pegi lantak orang takut nih. Cuba bayang kalau sorang-sorang. Oh no. Akan ku start enjin kereta dan blah. *Tapi kalau dah takut confirm tak ingat letak kunci kete kat mana, rasa cam nak tampar diri sendiri* =_='


Dah... Jom "teman" masuk Fear Factor. .Kalau menang 20-80. Awak 20 saya 80.  Tu pun kalau ada yang team. Sorang-sorang confirm tak menang.

LOSER GILA +__+

Saturday, December 25, 2010

teman-teman duka & riang part 1

Ini entry pendek saja.

Less word more pictures. Rakan, teman, sahabat, kawan. Ada perbezaannya. Mereka ini merangkap teman setia saya. Bole kongsi duka + lara +suka+tawa= one complete set

KERIANGAN

Ainy & Me                     Suzy & Me
ada sorang lagi. Tatie namanya ^_^

entiti wannabe

Webcam menjadi mangsa kerakusan kami

Maaf aksi tak dapat dikenalpasti
Kami Taliban tanpa senjata.
 Webcam cap ayam so kena edit sikit.

Lagi

ha.ada pun yang senonoh sikit

cubaan entiti di belakang gagal

maaf. tak sopan lagi.




Tadi keriangan. Kedukaan? Takkan nak letak gamba melalak kat sini weh..Dalam tak malu tadi ada jugak rasa malu nak letak gamba melalak. Gamba masa bayi boleh la. Cry baby Cry.

Jap.mana tah gamba bayi? Oh saya tak fotogenik semasa kecil. Sebab tu tak jadi model GAP. 1987 GAP dah ada ke? Woi  lari tajuk lari tajuk. Ini entry pasai depa la Mahirah. Kawan-kawan hang. Dok ceghita pasai hang pasai apa. Obsesi terhadap diri sendiri betul.


Nanti sambung lagi. Tau. PART 2.
more words and more pictures
=)

Tuesday, December 21, 2010

Tragedi di bulan Disember

Sadis. Kejam. Zionis sungguh kau ni. Wahai lelaki *yang berkenaan sahaja *

Saya amat jarang menggunakan perkataan kau aku..itu maknanya saya sudah tahap boiling point. Walhal orang lain rilex je guna kau aku. cam la big deal sangat.

bek to story

Kekasih kau tu dah cantik, ayu, muslimah, baik hati pon nak carik lain lagi. Kalau nak replacement pon boleh tak carik lagi cun ke baik ke muslimah ke dan SINGLE..kenapa isteri orang juga nak kau jadikan mangsa.

Saya sungguh tak faham. tak faham. musykil.konfius

Taknak la bias,sebelahkan pompuan je..

tapi saya juga penah mengalaminya.(tapi yang part cantik lawa tadi sila abaikan)

Apa yang sebenarnya lelaki mahu dari perempuan sehingga harus cari pengganti, tapi maaflah kalau saya cakap ni agak melampau, kenapa pengganti kau tu tak setanding lansung dengan ex girlfriend kau tu. Memang macam tu ke kalau laki tu curang mesti dengan perempuan yang tak berapa nak baik apatah lagi hot. Dah banyak kali terjadi this type of case where most of the guys dump his gf for a bitch instead. maaf ya terpaksa straight forward. Ya kebenaran memang menyakitkan. Bulan ni sahaja 5 kes saya dengar.

Kesian kawan-kawan saya. dan saya. Ops..tak tak. diorang je

Jadi ini bukan cobaan? Ini Betul-betul di bawak lari orang.

Tak kisahla kalau gelfren kau tu jahat, nak carik lain dipersilakan. Ini tak tau hujung pangkal tetiba dicurangi. Dem u lelaki curang. Ape salah dia wei. Please bersyukur sikit. Tuhan dah bagi yang bagus..nak yang lain juga. What little thanks you show!

Contoh(Bukan Kisah Benar)
Tak kesian ke bila girlfriend kau dapat tau beberapa jam sebelum peperiksaan akhir dia?

Kau ingat dia bole jawab peksa dengan hati yang tenang? Confirm kalau dia fail kau dipersalahkan.

Have some mercy on her..kalau nak terkantoi pon cuba biar dia abis exam dulu.

Duh "Perempuan pon sama jugak..kalau tak melayan tak jadi." kata lelaki
Fine nak gaduh sapa betul sapa salah sampai kiamat pon tak habis

Tapi ini kisah yang saya dengar. . ,

WHAT DO YOU REALLY WANT WAHAI LELAKI?

i mean come on, u've got the best girl in town then u dumped her for gedik girl.sort of. Memang korang suka eh perempuan tergedik-gedik and flirtatious..
what makes someone's wife so special? Bukan sekarang ni perempuan lagi ramai dari lelaki? Wanita single dah pupus kah?

STOP FLIRTING WITH MARRIED WOMAN.

or MARRIED MAN

takot siot. Dunia skarang ni dah tak kisah..kau laki orang ke. bini orang ke. SO WHAT. Kalau aku nak aku nak jugak.

0h Tuhan. If i can ever find one single guy who is loyal and honest, who would that be.

MESTI ADA

ASHRAF MUSLIM PLEASE. ^_^
memang tak la kan dia nak baca blog ni.

Friday, December 17, 2010

TAHI LALAT = ANTI AGING


TAHI LALAT = AWET MUDA
This is so random. Tadi godek-godek paper omputeh tetiba ternampak muka celebrity hotties yang ada taik lalat..(nak tertarik dekat orang lawa je kalau takde muka dia mungkin takkan terbaca article tersebut)
Saya tau ejaan memang tahi lalat tapi kita SEBUT taik lalat kan kan jangan tak ngaku. Saya sebut taik lalat je tau kat sini tapi jangan buat dalam kertas periksa Bahasa Melayu awak.
Balik kepada tajuk asal, taik lalat. Pemanis muka. Dessert face. What the? According to study omputeh tu..dia kata sapa yang ada taik lalat kat muka, dia akan jadi MUDA secara automatic. Eh terhiperbola pulak. Tak tak, dia kata macam ni “people who have moles , aging slower than the one who doesn’t have tambahan lagi..nampak muda 7 tahun dari kawan-kawan awak semua tahu tak. TUJUH tahun? Kalau umur kita 30 nanti muka Nampak cam 23. Siapa taknak? Cepat carik lalat !!
Masa baca tu saya senyum sorang-sorang sambil tengok cermin dan apparently banyak pulak taik lalat kat muka. Eleh perasannya..taik lalat ke jeragat ? Hambik kau Mahirah, umur 23 pon dah ada jeragat..so maknanya secara automatic  saya bukan tergolong dalam awet muda. Cis baru nak rasa cam umur  16. Awak camne? Pegi buat spotcheck skarang juga!
Abis tu Sharifah Aini tu awet muda la ?  Kalau lukis gambar katun dia dah confirm kita terus tau sebab taik lalat tu la apa lagi. Umur dia skarang berapa eh? Let’s assume 50 and above. So makananya nampak 40+. Tu masih ketegory hot mama.
Kata saintis itu lagi, as humans kita ada telomeres. Amenda tah. Terpaksa baca berpuluh kali and refer dictionary untuk faham terms scientific ni. So telomeres ni adalah sejenis DNA kita boleh jumpa dekat setiap kromosom manusia dan bertindak sebagai pelindung dan menghalang  kromosom dari berpecah atau mutating. Ya ALLah susah nya nak translate ke Bahasa Melayu. Biasa lah kalau bm-english senang je kita nak translate tapi kalau English –BM memang fail. Cuba kita translate Lagu English ke BM..lawak gila jadinya.
Ok tadi pasal telomeres ni, kalau ikut umur telomeres akan mengecut, kalau dah kecut tu biasalah akan cause to lots of problem including  wrinkles, hair thinning, arthritis, weight loss and gain, darah tinggi, kencing manis & vision and hearing loss. SCARY..Dan berita baik untuk mereka yang ada taik lalat, awak bernasib baik sebab awak ada telomeres yang lebih panjang daripada mereka yang tiada. WHICH IS GREAATT!! You have stronger bones, firmer muscles and healthier heart, kurang kedutan 50% reduction in the risk of osteoporosis. BAIKLAH ~ bole buang Anlene kat rumah anda. Pastikan ada taik lalat cukup yang mencukupi untuk jadi muda +__+ menipu gila.
Bole percaya ke article nih? Well..maybe yes because tengok contoh mereka yang ada taik lalat memang Nampak muda dari usia sebenar


Natalie Portman Umur 29..ni asal muka comel sangat ke photoshop effect ni??

hot kan. Umur dah 32? Rachel McAdams. Oh sweetnya

ni sapa tak kenal. Cindy Crawford, 44 tahun. Takde unsur botox kan

 ni pun nak masuk 30 dah?? Jessica Alba kau ni ape rahsia
asal macam budak nak ambil spm je muka
 Julianne Moore. Dah 50 tahun tau. Sugar Mummy kegilaan lelaki. Ops. tipu tipu
Eh ni minah latina. Eva Mendes 36 years old.Dayummm.

Er orang Malaysia contoh Sharifah Aini tadi lah kan. Another one Siti Nurhaliza kot? Tahi lalat di tepi bibir yang manis menawan. ^_^

Tapi tu lah..ni sekadar kajian..don't take it so serious. Jaga pemakanan sudah.
Sometimes "Telomere" tu bole pendek kalau anda semua tak jaga diet, merokok sampai 2 kotak sehari, mabuk-mabukan, obesity dan selalu stress. CHILL k~

Akan tiba masanya semua akan Tua..
it's just a matter of time.

Tuesday, December 14, 2010

Kawan saya yang cantik sudah Kahwin

Kenapa tajuk camtu? dah memang dia cantik. =) when we were back in school,dialah pojaan hati budak sekolah lelaki.

Dulu kami penah borak-borak, dalam ramai-ramai mesti dia paling lambat kahwin sebab banyak sangat choice..kena choose the best..gotta kiss a few frogs before she got to find her prince charming.Tengokkkkk DIA KAHWIN DULU OK! Alhamdulillah so happy for Her. Hope she and hubby live a happy married life. ANAK MESTI COMEL GILA sebab dia cantik, hubby kacak. InsyaALLah.

Lepas satu satu kahwin. Rasa macam dah tua pun ada. Dulu-dulu zaman kakak-kakak saya orang kawin around 25-27. Skarang ni back to old time..ramai kahwin muda. Seronok tgk =) tumpang gembira.

Bila pegi wedding, berangan cam cita orang putih dapat jodoh kat situ. Heip..jangan gatal kalau pegi wedding orang. lower your gaze, lower your gaze.*tapi mata terpandang jugak*..bukan tengok lelaki..tengok perempuan cantik adalah. Lelaki ada kacak juga tapi tak berminat nak tengok. Sebab Kalau tengok lebih-lebih haram, so better tengok perempuan. =0 WANITA SUMBER INSPIRASI KU.


see..i told u they are beautiful

SENIORS & JUNIORS

ha ni sorang lagi akan kahwin sebelum saya

dalia kawan saya ni memang macam ni.HEIP behave skit orang tengok


yang ni tunggu Ashraf Muslim masuk meminang

orang belakang tu handsome tapi suami orang kot *dah baju sama tone lak tu*

time nak tunggu tangkap gamba dengan pengantin. 


It was a beautiful night..balik pukul 11.30pm sebab ayahanda dah banyak kali tanya bila nak balik. WAHHHH saya balik pukul 11:30 malam. Kalau bukan pasal wedding jangan harap nak nampak muka saya di luar sana selepas pukul 7 malam unless keluar pegi mkn dengan ahli keluarga. diulangi ahli keluarga.

Takpe tak heran pon ada curfew. *cuba sedapkan hati sendiri..padahal jealous dengan awak semua*
NEXT WEDDING PLEASE jemput saya kalau awak sudi. =0 bagi saya peluang untuk keluar malam. +__+
itu pun kalau wedding awak malam.hehe.

Maaf gambar pengantin sorang-sorang takde..tak sempat and jauh sangat. Kamera handphone tak berapa nak hebat la. Those pictures yang ramai-ramai tu sebenarnya di atas belas kasihan rakan-rakan. Thank you guys & Facebook.