Wednesday, January 5, 2011

Zaman Kegemilangan & Muda Mudi

Siapa yang lahir zaman 80an sure tahu ape itu MIRC. Skarang ni tak tahu lah ada lagi ke MIRC ni? Ok i've checked. Masih wujud!!! Go and google now.

Baik, bagi sesiapa yang tak tahu, MIRC ni chatroom untuk orang-orang yang desperate mencari gf/bf/teman hidup. Hiks. Ok Tipu la kalau semua macam tu. Tak semua..ada yang nak carik kawan for real..yang jadi kawan sampai sekarang pon ada. Saya lah tu. ^_^

Back then, my school had our own chat room called #BBGS. If u ever heard of Bukit Bintang Girls School. At first i thought that it would be strictly for girls. Duh. Gila lurus kau nih. Kan dah culture shock..sebab tetiba rasa janggal boleh chat dengan male stranger.What if he's a serial killer hunting for school girls and pretend to be from other schools? I was so naive..masa tu baru form one.10 tahun yang lalu ye.1 dekad dah. Apa lah budak umur 13 tahun tahu sangat time tu. Myspace, friendster semua tak wujud lagi. So basically MiRC was the major medium to get connected instead of email.

#BBGS was quite a hit sebab pernah dapat lebih dari beratus chatters at one time. For a school, it's quite a big deal..lainlah channel lain yang dah ada nama tu tak hairan kalau ada more than 500 chatters..
Kalau masuk chatrooom confirm taknak pakai nama betul. My name was hideous. Ada ke letak tora^^aman. Tak cool lansung. Itu adalah kali pertama dapat kawan lelaki. Ayat boyfriend tak sesuai sebab tu nama nya teman lelaki. Nama pon sekolah perempuan, mana nak kenal mana-mana lelaki. Anak jiran pon saya  malu nak tegur. Jadi apa lagi jakun la. Balik sekolah terus on PC yang berbentuk 4 segi kotak tu..internet pakai dial up. LEMBAB!

Dan yang bestnya time tu saya newbie tapi admin channel pon kawan-kawan sendiri , kadang-kadang dapat jugak merasa jadi @OP= admin.

Seronok sangat. Tak macam skarang ni. Facebook sekadar menambah bilangan rakan. Apa awak ingat dengan friends beribu-ribu tu boleh claim that you're famous ke? Zaman MiRC memang zaman kegemilangan. Bila kita chat dekat chatroom tu semua bagi warm welcome.We really have built a close bond..masa tu ingat ala mesti kawan takat-takat dalam chatting je, cuba jumpa tengok berani tak. Sekali admin buat gathering daa. ^_^ selama ni di alam maya je..lepas tu dapat jumpa betul-betul. Tak main la blind date neh. Sebab tujuan chat memang nak tambah kawan-kawan bukan nak carik boyfriend. (tu masa umur 13 tak ada passion lansung untuk couple..geli katanya)

Masa gathering tu macam-macam perasaan ada. Wah..ni ke rupa diorang. Rasa rendah diri pulak datang. Time tu saya tak ada handphone lagi. Hampir semua chatters ada handphone..=_='  Macam-macam gaya ada. Tak silap masa tu skateboard was so in. Budak-budak laki dengan sweater ada hood( tak sesuai lansung dengan hot weather) dan pegang skateboard bagai, dipadankan dengan baggy pants dan  kasut Converse Habis Limp Bizkit lah?  I don't think they appeal to my eyes. Perempuan pula sangat innocent dengan flats, baby t, seluar 3 quarter..Heels tak reti lagi. Just want to describe how funny we dressed up..sangat tak reti berfashion. Pokoknya cam E channel cakap " FASHION CRIME/FASHION DISASTER"

**Please bare with me..sorry entry agak panjang. Syok sendiri bercerita**

Jumpa pon bukan cakap banyak. Masing-masing malu dan buat-buat busy mengadap makanan. Tanya sepatah jawab sepatah yang bangganya..tetiba sangat islamic. Perempuan kumpul setempat, laki kumpul setempat. ^_^ tak campur-campur. Baik kan.  Tapi itu first gathering la, lepas tu saya tak dapat join dah..setakat dapat tengok gambar gathering tu kat satu web ni nama dia circles ape tah. Community boleh share gambar. That was then..

Sedih.. chatting di MIRC bertahan sampai saya masuk form 3.  Ada yang masa PMR terus chow. .ada yang lepas PMR dapat result terus menghilangkan diri..Calon SPM pulak amik alasan nak study..Makin lama makin bosan..Masih ada yang rajin keep in touch tapi disebabkan majority dah takda..channel kurang happening dan sangat hambar, saya pon hilang rasa nak join, kebetulan pulak time tu streamyx kena cut. Yes memang best. Handphone pon takda. SO I GOT DISCONNECTED. LIKE TOTALLY.

**Oh ya disebabkan takmo guna nama tora^^aman tu i changed it to mira||chun||li sebab time tu minat street fighter**

Hanya berkirim salam melalui rakan-rakan yang masih active. My best friend jadi admin dan online 24-7 so dia bagitau la ape cita budak-budak. Sebenarnya ada juga crush kat seseorang sebab kan dah kata tadi masa umur 13 je tak interested. Sejak umur meningkat, hati semakin berbunga. Tapi..semua tu dalam hati saja. Sampai lah sekarang kalau suka orang pon tak nak bagitau.

Lepas tu..muncul friendster diselangi dengan myspace. WAH. Jumpa balik diorang semua. Teruja sangat tau tak...ada yang dah kahwin..yang anti perempuan tetiba jadi player. Macam-macam. Ape lagi..semua exchange id Ym masing-masing dan buat conference dalam YM.. Indah! Susah nak jumpa kawan internet sangat kamcing macam ni. Dah berpisah bertahun jumpa balik..gaya chat masih macam dulu-dulu jugak. Sayang korang. :')

Till now. Since ada facebook and twitter. It makes everything much more easier
Beberapa minggu lepas ada jumpa diorang lepak makan . ^_^ perangai camtu jugak..Masing-masing tengok each other grow up. Walaupun masing-masing jauh tapi masih bole berjumpa. Kadang-kadang kawan yang kita rasa rapat sangat pon tak ada dengan kita bila kita nak jumpa.

Luv u guys to bits. Friends forever.

4 comments:

Nur Atiqah said...

Wah! tetibe terimbau kenangan silam.. :)

Ben Ashaari said...

hantu mirc ... guna id SLASHER di anjungcafe

mahirahkamal said...

mula-mula join mirc tepaksa join #mamak #kampung sebab taktau nak join mana. malang betul masa tu terchat dengan beberapa orang pervert. terus ban channel tu

LoLyat Gang said...

#mamak n kampung byk bot la
bosan

chanel #malscene la best
bdk2 metal byk situ