Biarkan saja di sini
Penantian yang tidak pasti
Sedang engkau tidak peduli
mungkin hati belum terisi
Dicapai sehelai lembaran
Mahu dibasuh dengan coretan
Penuh legam
Penuh kusam
Digenggam lalu ku buang
Ditelan pekat malam
Diam bukan tanpa makna
Diam bukan seribu bahasa
Hanya ada satu tanda
Mungkin engkau tak rasa yang sama
Andai mata boleh bicara
Bisa semua diluah jua
Suara sudah hilang punca
Alah bisa tegal biasa
Purnama sudah berbelas lamanya
Usia ditelan rakusnya masa
Puas menepis bayang lara
Masih mengintai luka lama.
**********************
FINE. TAU AH JIWANG
Maaf. Saya tak reti buat sajak dalam bahasa melayu. Ini kali pertama cuba. Tak faham tidak mengapa. Saja tanak bagi straight forward. Nak cuba berkarya sikit.. kalau pandai cuba lah tafsir. ^_^
2 comments:
x sangka kat malaysia ad bakat cam ni..tulis puisi..heeheeheh..
hehe ish puisi merepek camni pon bakat ke.
anyway tq =)
Post a Comment