Monday, January 24, 2011

Kehendak mengatasi keperluan?


Setelah 4 bulan menjadi penganggur dan mahasiswa yang kurang produktiviti, saya akhirnya mahu kembali menjana kewangan sendiri. Alhamdulillah, sedar diri jugak. Takkan selamanya nak perabis duit ayah bonda? Belajar dan makan minum sedia ditanggung beres. Jadi rasanya ketebalan muka dah semakin nipis, jadi sudah wajib mencari side income untuk menampung keinginan diri yang melampau. Melampau apenya kalau setakat nafsu makan je yang berkobar-kobar. Nafsu shopping saya agak kurang sedikit bila nak dibandingkan dengan nafsu makan, tapi bila takde duit semua nak beli..*hampir semua orang camni kan?*


Kalau takde duit satu je benda di fikiran. "kempunan lah nak makan sedap-sedap dah" Rakan-rakan ajak makan best sikit mula rasa tak senang duduk sebab tak dapat join. Hamboi takkan nak pau duit diorang.

Bila di tanya pasal wishlist, apa sebenarnya impian tu? Semata pasal material dan poket yang penuh ke? Nak ikutkan memang nak beli macam-macam. Suatu masa dulu pernah dapat gaji yang sangat sikit dan mata mula meliar cari itu ini walaupun di bank tak banyak cash. Aim untuk bulan depan punya gaji kunun..Last-last pegi melantak kat restoran class A. Duit habis kat makanan je. PUAS HATI AKU HAHAHA *sambil usap perut yang boyot" Masa dulu, dapat komisyen lebih sikit, wang tu terus bank in kat bank yang guna buku bukan kedekut ke apa, sebab kenal diri sendiri. Duit ni bahaya beb, bole buat orang lupa diri..especially saya. Jadi untuk mengelakkan benda luar biasa berlaku, simpan siap-siap untuk kegunaan masa depan *masa tu la fikir*. So skarang ni masa depan tu tengah terjadi. Memang berguna sangat duit yang disimpan tu. Bersyukur tak guna untuk beli harta duniawi. Dapatlah juga guna untuk minyak, makan, tol sebab baru dapat kerja baru dan memerlukan sedikit investment untuk start..wah berguna jugak savings aku dulu. Ka ching! Takpe invest duit sendiri dulu untuk hasil yang memberansangkan kelak. InsyaAllah.

Pernah tak korang terfikir, kita tukarkan wishlist kita tu, jadi orang lain punya wishlist? Maksudnya seperti    "Nak penuhi impian mama & baba naik haji lagi sekali" eceh,muslimah betul impian.haha. Kita penuhi impian orang lain tapi at the same time memang tu impian kita jugak. Eh korang faham tak ni? Kalau si suami, impian nak bawak anak isteri jalan-jalan melancong. Isteri pula sibuk nak hotkan atau menguruskan badan untuk suami dan dalam masa yang sama untuk kepuasan diri sendiri. Wah sangat noble la kalau korang macam ni sebab selalunya kalau dah dapat duit dalam tangan, esok dah habis sebab beli satu benda tapi harga macam boleh beli 10 barang yang penting untuk diri sendiri..ye inilah konsep dinamakan sayang diri sendiri sebelum orang lain. (Memang tak ah =_=')

Nak cakap pasal pembaziran tak boleh sebab material ni ikut keperluan masing-masing ? Saya tak perlu gadget canggih untuk berhubung sebab rasa itu bukan satu keperluan. Handset saya memang bukan the latest, yang penting boleh call,msg. Kehendak? Memang nak sangat tukar handset tapi duit tu saya salurkan pada tempat yang lebih berhak buat masa ini. Salurkan pada perut dan kenderaan ! Yes makanan. Tak faham dengan orang yang sanggup berlapar demi memuaskan nafsu material mereka. Duk makan semeja tapi hari-hari order air kosong sebab duit habis beli  Iphone. Kalau saya, tak sanggup berlapar demi sebuah material. NO NO NO. Kalau ada lebih sikit, YES YES YES u can.

Ramai bertanya, apa rahsia saya simpan duit. Ok nak kongsi sikit. Nafsu belanja anda besar? Sila overcome dengan masukkan duit dekat bank selain CIMB atau Maybank atau bank yang kurang cawangannya di Malaysia. Sebab apa, kalau bank tu jauh lagi bagus, awak akan rasa malas nak bawak keluar duit. Seriously. Tapi ini saya. Kalau anda nafsu lebih besar, silalah beristighfar..Set your priority. Kalau ada kawan-kawan yang gila shopping, elak jumpa buat sementara. Bila depa dah kering, baru lah pi jumpa untuk pengajaran sebab perempuan lepas shopping kadang-kadang akan merungut "abis duit aku..beli itu beli ini bla bla bla" Time tu kau bole imagine if you were in her shoes..mesti ada regret sikit perabis duit sebab ada lagi keperluan yang perlu beli selain kehendak. Tak salah nak beli apa yang kita hendak tapi tolonglah gunakan duit tu untuk keperluan dulu so at the end kau tak end up pinjam duit kawan untuk isi perut kau hari-hari.

organize your money !
Saja nak share cara urus duit especially yang perempuan ni. Jangan jadi hamba fashion. Once kita dah stuck, apa orang lain pakai, of course kita nak beli jugak.kan? Tudung ke shawl ke baju kat blog ke. Sedap beli sedap pakai, orang lain makan kita berlapar. Don't make yourself look ridiculous and dumb. Kita ada akal satu tapi tolong guna okay..tapi kalau awak degil juga suka hati la. The money is yours bebeh.
Fashion Disaster walaupun barang mahal nampak tak kena
Sekarang memang tak ada duit boleh mati. Kentut je tak payah bayar. So korang sanggup mati berlapar untuk memenuhi nafsu shopping? Kalau ye, Bolehlah tersenarai dalam Blog Obefiend Serius lepas ni , mungkin sesuai under label SERIUS BODOH.

17 comments:

PADLE said...

nset saye da rosak,jadi,perlukah saye beli nset baru?

nset ni kperluan ke,kehendak?

Hanis MY said...

wahh sukalah entry ni..akak suka dgn macaron tu pastu suka jugak dgn shopaholic series, drama tu pun best tapi mmg tak sanggup nak ikat perut tuk sopim nono nehi hey hehe..salam kenal dan folo sini...

Cik Azz said...

Yeaa... Kita boleh jadi geng... sbb akakpun jenis yg tak suka bazir2 duit... Dan tak reti nak bershopping apalagi berfesyen..

Kadang2 pelik jugak dgn orang2 yang sanggup beli kasut sampai beratus ringgit... eeuuwww...!! Pakai selipar jepun lagi selesa.. kann... haha...

Unknown said...

apa nama makanan dlm entri ni ek

mcm sedap tu haa

nak lah hahha

Unknown said...

oh..macaron tu sedap la yer?

xpernah jumpa la kat sni hhee

ada jual online ke ye

Imran nyambek said...

asal ade duit...belanje je..hehe

Hanis MY said...

thanks sudi singgah balik..wahh bestnya pernah ikuti prigram exchange student hebatlah...

Jejaka Terhangat. said...

keperluan dan kemahuan mmg sesuatu yg berlainan..kena pandai bezakan antara dua tu..tp kalo elanja JT adalah keperluan cik mahirah..bile nak lunch same? hehe..

err..tak paham psl obefiend tu..apa mksud cik mahirah..

mahirahkamal said...

alinac : kalau u duduk kl, bole try dkt shopping complex empire dkt subang.baru bukak.nama kedai tu Whisk. Sdap sgt

JT: =) pasal obefiend tu, maksud saya, kalau sanggup mati berlapar untuk mncapai kehendak, mungkin akan dilabel dlm blog obefiend under "SERIOUS BODOH" ..faham x.kan blog dia semua pasal serious.s

Miss AZ said...

ingat nak cerita pasal macaron td.. hehe!! i teringin nak makan macaron.. pompuan mmg byk yg boros.. suka shoppinggg... hujung bulan ternganga lah.. =_=

LoLyat Gang said...

aku ingatkan ko buat side bisnes jual macaroon ni
bleh gak bli dr ko

mahirahkamal said...

alamak ramai plak tnya pasal macaroons. next time i cita pasal macaroons yeh. mmg sdap,tapi mahal la.sapa suka manis2 ni boleh la g try kat empire gallery subang nama kedai WHISK

Qib said...

skali tgk macam rina salleh pulakkk

|How to have a MIXED baby?|

LoLyat Gang said...

cik mahirah
aku da penah mkn macaroon kt empire tu
bg aku macaroon ni rasa mcm mentos je
hahaha

Bella Ayub said...

suka la bace tulisan mahirah.. keep writing..

and i love the way u save ur money.. sometime i spend more for food , tengok mood..tu la..

kenkadang rasa mcm x tggjwb lak beli brg2 pakai duit mak abah kan..

Anonymous said...

As salam...wow, dah kerja ek?tahniah...nnt belanja, eskrem pun jadilaa...keh3. thanks support BCR...mai laa jugak BCR chat2 skali skala... (^^,)

Abu Zafran said...

nice entry...lik3...tmbh2 bila elaun dah msuk ni..jdi budak2 ipg cm giler...nk tukar itu nk tukar ini....semua nk bru..bila nk smpai sem bru..semua muka cam ayam tercekik..cz makan sekali je sehari..huk3

jom...singgah blog saya yg xseberapa dgn klik:

http://zubir5588.blogspot.com/2011/01/sape-nak-duit.htm