Monday, January 10, 2011

Jentik sikit Melenting

Salam
Penat tengok dashboard penuh dengan cerita hijab,tudung, shawl etc.

Come one..isu ni dari dulu takkan pernah habis lah..sorang cakap semua balas, satu satu  nak hebat dengan hujah masing-masing.. tetiba semua nak keluar fatwa dan pendapat. tah dicedok dari perigi mana tah pendapat yang awak sampaikan tu. Jangan main hantam je..nanti mintak dipertanggungjwabkan di Sana. Menyesal tak guna nanti.

Bila seorang cakap "ala lagi baik mcam ni dari macam tu". Fine kalau kau tu boleh timbang berat kanan kau tu lebih dari kiri memang kau terel. Confident je apa yang kau cakap tu betul dan terus automatik mengbolehkan benda yang kau pakai..bawak mengucap sikit. I love fashion like a lot..tapi dengan adanya golongan yang anggap mereka betul dan fashionable, saya semakin rasa mual nak bergaya. Apa yang tak boleh jadi boleh. Bestnya. Dunia ni memang awak yang punya ye?

Terimalah teguran dengan hati terbuka..Saya akui, agak tersentap juga dengan sesetengah penulisan dalam blog-blog tertentu menghentam isu tudung, mudah je benda ni, yang baik kita amik pengajaran, yang buruk tak yah ikot sudah. Mungkin yang melenting tu sebab nama mereka disebut atau pun gambar sesuka hati dieksploitasi. Maaf. In case you don't know, once we involve in this social network, we jeopardize our life to be exploited. So be it. Terimalah, inilah risiko yang kita perlu hadapi. Tak perlu melenting, tak perlu marah sebab kita yang meletakkan diri kita ditempat berbahaya..

Ni asal keras kepala sangat. Ego, masing-masing nak menang. yeah you all betul, orang lain salah. Then nanti mati jangan panggil orang gali kubur kau. Sila gali sendiri ye. Mungkin cara mereka salah nak tegur tu..takpelah, diorang prihatin. Kita kena fikir..jangan buat fitnah kat mukabumi ni, pompuan kan senang terfitnah. Tak salah pon dikatanya salah. So..better kita elak dari dress up too much, over dressed and what not . Jika tak ada angin tak ada ribut takkan mungkin pokok tu goyang . Semuanya berpunca dari diri sendiri.

Tak perlu ada kelulusan tinggi nak tegur sesama kita. What makes u better than others? Hentikanlah buat perbandingan dengan orang ni atau orang itu. Kita semua sama. Mungkin harini kau beriman, esok kau jadi kufur. Atau pun hari ni kau kufur esok kau beriman. . Jangan terlalu condemn seseorang,tak bimbang ke kalau kita jadi macam dia in the future. Cukuplah dengan kata-kata berhikmah dan nasihat. Maybe mula-mula dia tak suka tapi insyaAllah one day ada terdetik jugak dalam hati dia untuk berubah.

My sisters..fashion is not a crime tapi jangan jadi kan diri kita too attached dengan fashion. Fashion disaster  di mata manusia takpa, jangan di mata pencipta kita. Biar buruk pandangan orang, biar cantik di mataNya.
Manusia takkan berhenti menghukum. At least we have to improve..dress up ikut garis panduan Islam, sikit-sikit dulu, Nak drastic pon tak boleh takut tak istiqamah pulak.

I know, mentality some of you nak naikkan martabat wanita bertudung supaya tak ketinggalan. Don't worry. Tak semestinya kalau kita tak ada high fashion sense kita tak setanding dengan orang free hair. Semua dengan cara anda bawa diri dan yakinlah dengan diri sendiri. It's us who could make it possible, stop pointing to others and start to change for Islam instead.


Ini mungkin dapat membantu anda yang masih buntu tentang isu tudung. =) please watch till the end. Brilliant!


Nak cara proper untuk berhijab?  owhsomuslim. ada jawapannya. Boleh download ada katun muslimah comel-comel. Support this web, ohsummmmm sgt. Kena la dengan nama dia.

No comments: