Monday, February 28, 2011

Petik nama bikin blogger panas

Maaf dihulur terlebih dahulu. Entry ini bakal mengundang kebencian atau ketidakpuasan. Read at your own risk~



Oh semalam kecoh pasal Entry Pelacur Blogger. Don't you read keseluruhan entry tersebut ??? It's pelacur blogger, not Pelacur Body. Mesti kuat tidur masa cikgu mengajar kat depan. Lacur bermaksud bukan sekadar tubuh badan sahaja, masalahnya sekarang masyarakat dah terlalu biasa dengan istilah pelacur-pelacur di kelab malam yang memang tujuan mereka untuk melacurkan body. Tak faham ke penulisan dia menjurus kepada teguran/sarcasm dan bukan kutukan. Satu patah haram pun saya tak nampak dia guna kata-kata carutan/makian atau ayat yang tak sepatutnya. Yes pelacur adalah satu ayat yang hina. Tapi kita kena tau, dalam sesuatu ayat, perkataan itu boleh jadi maksud yang berbeza. Sama seperti English, bear membawa dua maksud, beruang dan menahan. It depends on the context.

Cuba jangan melenting dulu. Baca leklok dan dalam keadaan tenang. InsyaAllah korang akan faham apa yang dia cuba sampaikan. Bila dia Petik nama terus riuh sekampung. Dandan time tu semua buat syarahan agama. Kemain. Jangan sebab nama yang dia bagi contoh tu adalah faveret korang, mulalah menggunakan agama untuk untuk menyokong hujah masing-masing..Mengaibkan? How do you define Aib? Korang kena faham, dalam teguran dan nak pertahankan sesuatu hujah, kena disertakan contoh supaya lebih jelas dan kebetulan pulak orang tu dikenali ramai..bukan maksud dia nak mengaibkan.Tak faham, tak habis-habis ayat aib yang keluar. Pusing-pusing ayat sama. Saya pun belajar agama jugak tapi jangan sebab kita suka seseorang tu kita back up dia sehabis mungkin. Kadang-kadang penulis macam Lensa Rosak harus ada dalam blogging. Ni suma nak mintak puji lawa cantik je walaupun sebenarnya tak...mana kejujuran dan kebenaran yang disarankan dalam agama kita?

Penah dengar Rasul junjungan kita bersabda? "Berkatalah yang benar walaupun pahit"

Masyarakat Melayu dah terlalu biasa dengan tegur secari berlapik, takut tegur direct sebab kebenaran itu menyakitkan. Pernah juga dulu nama saya terselit dalam salah satu entry beliau tapi tah, tak jadi kudis dan tak heran sebab i know, this is the risk that i have to bear in blogging world. I Jeopardize myself. Kena terima apa jua kemungkinan. Same as copy paste thingy. Can u control it? Tak an? Hanya dengan satu click pada mouse anda, dan satu saat anything can happen. Kalau kita tak sanggup benda-benda yang konon "mengaibkan" itu terjadi, kenapa perlu memperhambakan diri  dalam dunia blogging?  Taknak terima jugak yang keburukan dan kelemahan semua berpunca dari kita sendiri. Jangan jadi seperti artis yang hanya tahu salahkan pereka fesyen sebab pakai sexy..Cuba belajar bersyukur sebab dia sudi menegur walaupun agak harsh, kalau sayalah, memang sangat berterima kasih la sebab dia tegur. It's better daripada terus memalukan diri sendiri di alam maya. "Oh maybe i should stop embarrassing myself" Sila tampal ni kat dahi masing-masing

Looks like i'm on lensa rosak side? Judge as you want. I just want to rephrase what he has written on his blog. That's all. Kepada yang masih tak faham terms yang dia gunakan, memang baca sekali macam nak bako je dia..tapi cuba fahami disebalik ayat PELACUR BLOGGER. Ada kebenarannya. Biasakanlah diri baca novel-novel sasterawan negara sebab ayat-ayat mereka memang power dan menusuk..just like Lensa Rosak. Tapi ramai tak gemar penulisan sebegini sebab ada maksud tersirat. Orang dangkal bahasa susah sikit nak paham la.

Cuba lihat antara yang memberi komen di entry beliau, nampak sangat kedangkalan mereka..antara mereka yang pangkah abis entry tuh. Secara tak lansung memperbodohkan diri sendiri dan nampak sangat kurang ilmu di dada. Cmon, jangan main-main issue agama..dan tak perlu tukarkan benda ilmiah jadi tabloid tempat korang berperang dan sebar benda tak betul. Ini BLOG YE..BUKAN PAPER METRO. Harap maklum.


27 comments:

Bella Ayub said...

ada betul jugak apa yang anda cuba sampaikan.. tp .. kita jugak tak boleh lah nak aibkan nama org lain..

ini pndgn bella.. :)

Fariq Jalil said...

serius kawan lepas baca entri dia kawan terpikir,, ada betul jugak.. n terasa silap lak komen dulu kat entri bro nazirul sebelum membaca entri lensa rosak.. kita mmg kena pahami dulu maksud pelacur blogger yg nak disampaikan tu. pelacur blogger yg dia nak cakap tu adalah untuk blogger yg tergile2 trafik/duit dan mcm2 la dlm dunia blogging ni.. betulkan saya jika komen saya salah ye..

jgn saman saya, saya orang susah..:p

CG said...

apa yg dorang tulis tuh ada betolnya..cuma xbest bila dorang letakkkan nma..mcm aibkan sket..hoho!

LATEST : KORANG KUTUK ALLAH DALAM TIDAK SEDAR

annaitazzi said...

yes...mmg awak betul dear...tapi tetap menjadi salah kalo meletakkan nama seseorang itu secara berterusan macam tu..not nice...and tengok?..ramai mempunyai tanggapan masing2..berpunca meletakkan nama..sangat tak elok...memang tak menjadi salah kalau nak menegur...tapi bole dilakukan bermacam cara...memberi contoh menggunakan nama singkatan or si A, si B..itu lebih elok kalau letak nama orang sesuka hati..kan dah timbul macam nie..

this is my 20cent opinion

Anonymous said...

Assalam...saye dh bace entry lensarosak...and bace pun x de pepe...butmayb ayat die dekat YuYu tuu agak mengelirukan...and why?i noe sbb ramai yg melenting...sikit jer die terang pasal Idol kegemaran ramai tuu...rasenya die tak sampaikn lg point2 yg benar pasal YuYu...bhya niat yg serong...jika kritik guna nama seseorang boleh tapi kena hati-hati...boleh jadi kes saman kan nnt...sekadar luahan pendapat

Alexia Aqram said...

hai! salam!

terima kasih mahirah atas rumusan topik yang kita pernah bincangkan.

banyak yang aqram fikirkan mengenai topik mengaibkan orang. aqram rasa, masih ramai yang belum tahu perjalanan ataupun skop mengaibkan orang itu sebagaimana.

nanti aqram akan tuliskan jika ada masa.

terima kasih!

p/s : nak minyak bio-oil boleh?

Kumbang Jingga said...

yup approach setiap org berlainan..tgnk cara pentadbiran khalifah umar..lebih tegas..berbanding khalifah abu bakar yg lebih bersifat lembut..sama mcm kes ni..kita kena ada ilmu agama yg tinggi kalau nk bahas kan sape yg salah sape yg betul...setakat SPM islamic A+ je tak cukup kan hehehehe....

jambancomel said...

yep mahirah ,first perception is most important ,kalau salah tafsir lain jadinya,tapi si penulis tu jugak mesti la beragak dalam bermain kata ,bukan semua orang akan faham apa yang die ingin sampaikan ,salah tulis kene pangkah ,kalau betul diagung2 ,fitrah ,tapi itu blog die ,ape yg die nak tulis tulis lar ,tapi terletak pada niat dia ,hanya Dia yang tahu en ,:),nice entry BTW

Unknown said...

AlexiaAqram ni lensa rosak ek..

time JT baca penulisan dia memang, fuuhh..ayat cantik..langsung takda kata-kata kesat. apa yg dia nak sampaikan tu memang jelas. thumbs up..cuma slack sbb dia slalu letak nama org..silap haribulan boleh kena saman malu..kan undang2 camtu ada kat dunia ni..

dia pon perlu ditegur sbb guna nama orang secara direct. bila dia degil, tu yg dihentam oleh blogger lain (sbb sblm ni dia dah pernah buat kontroversi yg sama)..

papepon, kontroversi blogger ni elok kita jauhkan..JT pon dah bersara kot drpd join kontroversi blog camni. tgk la nnti kot2 terbukak balik pintu hati nak join balik. ngehh..

ops, sebelum terlupa. lensa rosak langsung tak guna bahasa kesat dlm entri dia..tp yang lain2 hentam dia guna "dem,watdefak,bangsat" semua tu JT rasa lg teruk drpd si lensa yg dah rosak tu..erkkk..

Bagaimana Nak Jadi Seseorang Yang Boleh Terima Pendapat Orang Lain?

ejulz said...

mmg update laa.. xtau pun pasal ni.. heHe..

Jangan lupe singgah n komen k.. :)

New Entry "Sejarah 2008 berulang?!! "

FizA said...

apa awak ckp tu betul. tapi tak perlu kot nk tulis2 nama dia kat situ.. kalau orang letak nama awak pun maybe awak akan rasa macam tu?
tanggapan orang lain yang penting. walaupun benda tu bermaskud lain, tapi orang lain akan pikir apa? nak kata benar tak salah, tapi bukan dengan cara tulis nama orang mcm tu. berkata benar pun kata la kat tuan punya badan. ni buat apa nak cita kat orang ramai..
Hanya Allah tahu siapa yang benar..

Siti Safiyyah said...

nak petik kata2 kakak SS..kadang2 kite tengok bila sume org puji sesuatu/seseorang, kite pelik bila semua org puji dia sedangkan kita rasa mende tu biasa jek. so tak pepasal kita taknak nampak pelik kite pon ikot puji skali..begitu la dalam isu ni..ada tu yg back up sebab sume org back up..so kalo tak back up, nanti kite pulak yg kene. err.. am i right mahirah?

psstt : Jom Join Bloglist SS!

Anonymous said...

banyak ketinggalan dah dalam blogging ni... huhuhu...

Izamir Ridzwan said...

entry tuh betul, yg salahnya bila petik nama ni.. adoi la

akufakhrul said...

lalala...patut ker? ko ckp klu ko kne cmtu ko beterima kasih? betol berterima kasih? klu si dia xd niat nak wt "lacur" tu, apa yg ko nk ckp lagi? dosa dapat? ak smlm pn xpasal2 dpat dosa sbb komen2 tu..errrrr..tapi ak pikir, klu kne atas idung aku pun cmtu..aku pun angin malu gler..walhal ak xd niat nak wt bnda gtu..hanye ske2 shj..drpd wt menda merepek..sekian ~

Cik Azz said...

Tak faham apa sebenarnya yang korang gadohkan...

Akak ni blogger baru... Baik diamkan diri aje... Buat hal sendiri.. huhu...

Fariq Jalil said...

aku cadangkan baik korang baca penjelsan lebih lanjut kat latest entri lensarosak dulu.. nanti korang paham la.. pastu usha pendekar berkuda punya lak.. pendekar berkuda pun agak setuju lepas baca penjelasan dari lensa rosak.. papepon yang lain2 tu,, kurangkan krontolbesi ye.. :p

latest -
-DoFollow Kan Blogspot Anda Sekarang...

MéuzAngelo™ XXIII said...

aku tak rasa entry tu mengaibkan..
kalo mengaibkan, mesti dia ckp "tau tak, budak tu berak dalam seluar.." ataupun "eh, korang nak tau tak yg budak ni pernah comolot depan org rmai.."

itu contoh ayat mengaibkan org.. masing2 komen ikot emosi, bukan rasional..

saye sokong ini entry..! :p

Unknown said...

Mahirah Kamal..Gip me Pai!..Pa Pap!!...

hehehe...diorg tak tau apa maksud aib dan apa maksud nasihat..

mungkin diorang tak paham maksud metafora dan analogi...

mungkin mereka minat Chemistry dan ponteng Bahasa Melayu...

Mungkin Mereka kanak2 yang memberontak...

:) hehehehee......

Mereka tak tau apakah itu
"kita mungkin berbeza pendapat tapi tak perlu bertegang urat..:)

sekali lagi..hai pai!!.. pap!!..opss tak pakai sarung tangan, bukan muhrim :)

grawwrbabe. said...

salam :)
interesting la entry mu ini,,saye sokong beberapa part lensa rosak even ayatnya giler pedas.. yang baik diambil.yang buruk just abaikan..
pasal orang uh xmo amek port.. tapi ape yg cuba disampaikan memang saye ambil ..
mungkin begini cara nak memetik ilmu disetiap sudut..setiap kritikan kena diambil la kan..sakit telinga dan hati memang tetap kena dek nak memperbetulkan kesilapan diri. just it...
:)

hamzah ian said...

gua terkesima jgk ngan entry pelacur blogger.. tp pendapat masing2 kan..

Nobita Sensei said...

setuju. sangat setuju.

Raihana Izzati said...

Hey,,lmbt komen.r jmpa.hoho.

But,,sokong 100%.

kita kdg2 kna org wt cm2 dl br kita sedar.

klo xpoint nma,,ada dy nk sedar.xkn?

follow u~hoho

Sang Gabriel said...

berlapik pon bukan orang paham sgt, n x amik peduli pon

better straight forward

siapa makan cili terasa pedas? xpayah, tenyeh je cili tu

haha

zEri sAfEerA said...

woo. isu apa ni heh. lama x update. bnyak bnda sgt rs xtau ni. huu,,, btw, mmg betol. org skrg mmg susah nk terima kebenaran. haisy,,

KNS said...

ambil yang baik..abaikan yg buruk
itu je =))

LYANA OBLIZA said...

benci cicak!!
gggrrrrr....