google image |
Nak jumpa baginda ni takkan nak jumpa muka hitam berdebu, amik buku amalan dari tangan kiri? Tambah lagi kat padang marsyar tu panas tah hengat, confirm peluh berbaldi-baldi lalu badan pun bau tengit. Nak ke kita jumpa baginda dalam keadaan yang mengaibkan dan memalukan. Baginda hanya minta sedikit je, iaitu Salawat dan Salam ke atas nya untuk kita mendapat Syafaat dari baginda. Dah tu untuk kau jugak, bukan untuk orang lain. Lagi satu solat lah 5 waktu kerna itu yang akan dihisab dulu. Lantak la kita ni baik sangat-sangat pon tapi tak solat tak guna sebab itu syarat pertama. ^_^ Jagalah solat okayyy..ikhlas tak ikhlas tu Urusan ALLAH! Jangan nak mengada tunggu ikhlas. Degil betul. Orang suruh buat tu buat je la. Suka nak persoalkan. * ish mahirah ni,suka nk emotional kalau bab camni maaf ye*
Mestilah nak jumpa baginda pon cun-cun, handsome-hansome dan naik kuda. Jalan kaki tu lambat sebab padang marsyar bukan cam padang bola biasa. Get ready to meet the most awesome man on earth di padang Marsyar kelak..pertemuan pertama. Kalau pertemuan pertama mesti nak nampak bagus sebab first impression kan? Jadi buatlah persediaan awal rakan-rakan ku, tak lama dah ni..dunia ni akan berakhir.All the things we own and the person we love will gone but only love to Allah and Rasulullah will remain till you die.
Ya Rasulullah, sukarnya untuk hidup di dunia ini tanpa mu..You were the most noble man on earth and no one could replace you. Dunia menjadi sangat dasyat dan huru hara tanpa kewibaanmu. Sukar untuk kami istiqamah, Sukar untuk kami menepis godaan dan fitnah dunia. Pelbagai manusia mahu menunjukkan kehebatan dan kebijaksanaan setelah kepergianmu. Pelbagai ragam mahu menegakkan benang yang basah sedangkan masing-masing tahu ianya salah. Kami takut ya Rasulullah, takut terpesong dari ajaranmu.
If only, Rasulullah masih ada. tentu apa saja masalah dapat kami rujuk terus.Tentu malu jika tak patuh pada ajaranmu, tentu malu untuk buat kemungkaran, mungkin dapat sedikit peluang untuk merasakan apa itu kemanisan iman seperti yang dirasakan oleh sahabat-sahabatmu baginda. Itu semua jika baginda masih ada. Perit untuk hadapi dunia ini tanpa manusia paling agung dan hebat. Sukar untuk mencintai seseorang yang tiada di depan mata tapi akan jadi mudah jika kita sendiri mencari cintaNya. Kalau kita menjauhiNya, Dia pun akan menjauhi Kita apa lagi untuk menjaga kita. Pohonlah padaNya agar kita dapat rasa bagaimana cintakan kekasihNya lebih dari apa pun di dunia ini.
Selamat hari lahir ya Rasulullah..Moga Allah limpahkan rahmat dan sejahtera ke atas mu dan keluargamu.
LAGU NI DENGAR DARI SEKOLAH RENDAH. SOB SOB NAK NANGEH
Bantu kami Ya Allah untuk mendapat Cinta dan kemanisan iman. Amin.
20 comments:
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi..
salam maulidul rasul.. :)
Setuju...
Nak jumpa gf/bf lewat sikitpun dah takut kena marah...
Nak jumpa Allah kalau boleh dilewatkan, akan dilewatkan berjam2... Takde rasa takut langsung...
Thanx Mahirah.. Peringatan utk akak jugak ni... huhuhu...
Yup,,, sukarnya untuk hidup di dunia ini tanpa mu, Rasulullah.
sebab itulah baginda pnah mjelaskan,
"berbahagialah org yg dpt berjumpa dan beriman dgnku. Dan 7 kali berbahagia org yg beriman dgnku ttapi x penah berjumpa dgnku"
PERINGATAN YG MEMBERI KESAN THANX MAHIRAH :)
Mahirah,best la entry niey..betol tu.. takkan jumpe awek @ pakwe bru habis lawa kan.. masa smyg pun kne melawa jugak.. mandi2,bersih.pakai wangian yang tiada alkohol . huhu :)
org kita mcmtu la Mahirah, bila jumpa BF ata GF< bukan main lawa pakai..harum semerbak kayanagan..tapi bile mngadap Allah, pakai kain pelekat he..kain batik...apa2 lah.ada yang siap bangun tidur amik smyg trus smyg, bucuk2 tuh..kan bgus mandi dulu wangi2..haaa
sangat terharu baca peringatan cik mahirah ni..nabi sehingga saat2 terakhir ungkapan dia "ummati, ummati ummati"..masih pikirkan pasal umat dia..kita mmg sebenarnya masih perlukan kepimpinan baginda skrg ni..pemimpin skrg semua tak boleh nak dijadikn contoh..kesannya, hidup rakyat pon kelam kabut mcm skrg..=(
salam maulidur rasul mahirah..:)
wow!entry yg bagos mahirah..kdg2 kita lupa padanya,mulut ja ckp sayang tp xseiring dgn perbuatan kan.entry yg menginsafkan. :( thnx sbb buat entry kesedaran mcm ni,,
post yang bermakna ,cintai lah rasullah ,yang membawa cahaya sekalian umat
salam maulidul rasul ,moga2 sifat baginda tersemai dalam diri kita :)
terima kasih mahirah..
mmm.. apa ada pada cinta, tak pernah ucap.. keikhlasan bukan hati dan perasaan
stuju dengan entri ni..=)
salam maulidur rasul.
rindu tak terkata
teros insaf KJ baca ni...pasni nk pakai lawa2 time myg huhuhuhuh
ramai orang mengaku cintakan Rasulullah, tapi tindak tanduk tak serupa cintakan Rasulullah.
Actions speak louder than words.
salam maulid
Terkini : Ikan Berkepala Buaya
cintai Allah dan Rasulullah, itu yg terbaik kan :D
Mari kita semua..
cinta.. lima perkara.. ;-)
2 perkara yg ditinggal baginda utk kite supaye menjadi pedoman dan panduan, iaitu al-quran dan sunnahnye.. Dan semasa penghujung hayatnye juga ia menyebut umatnye.. Allahhuakbar.. begitu cintenye baginda terhadap kite.. kte diberikan syafaat olehnye pabila dihimpunkan seluruh makhluk di padang mahsyar nti.. begitu sekali kasih syg baginda rasulullah s.a.w terhadap umatnye iaitu kita yg digelar ikhwan.
Post a Comment