Wednesday, March 23, 2011

Menyepi?

Nak dekat 3 minggu juga tak update blog. Saya minta maaf..sangat tak konsisten. Bukan nak bagi alasan tapi memang bulan March mencemburui saya.

Sejak bekerja sambil belajar, am having difficulties to cope with everything. Banyak idea nak tulis tapi tak tertulis. Banyak sangat cerita nak dicerita tapi tak tercerita. Bad time management..huru hara kejap hidup bulan ni. Alhamdulillah, assignment dah siap and dah submit! Tu yang away sekejap..sebab perlu concentrate dan focus pada pelajaran.

Oh ye, dengan abang saya nak kahwin lagi. Eh dah kawin dah pun. Syukur semua dah selamat. Tinggal langsung kat sini pulak menyambut menantu. Saya pun tak banyak sumbangan kat abang, just a little  slide show for the newly wed. Maklumlah, nak upah orang mahal. Since i love graphic and photoshop, tu yang tolong tu..Still in the making and the reception is on 26th of March. Don't worry, i'll share in my next entry pasal perkahwinan abang InsyaAllah. =)

Again, am sorry for the bottom of my heart for not updating the blog. Ada 4 entry akan di update sekaligus nanti mungkin di pertengahan April selepas final examination. Hope masih ada yang sudi baca blog yang tak seberapa ni. Thank you so much kepada yang rajin comment tu and to all bloggers chat room, if u read this i just want to say that i miss u guys so much!

Cantik kan gambar pre-wedding abangku? So sweet. =) 
Kredit to sis in law (lupa dah new url blog kamu)

Monday, March 7, 2011

What is Sexier and hotter than Ipad 2?

Ipad 2 memang mampu menggoncangkan iman si hamba-hamba gadget, akan tetapi Apple upgrade seciput jehhh untuk Ipad 2 iaitu kenipisan, tampil dengan warna putih yang ohsem, front facing camera and back..dan ada la upgrade bahagian technical yang pasti bukan bidang saya untung menjelaskannya. Gila kesian orang yang beli Ipad..mesti ada yang terdetik *kalau la aku menunggu lama sedikit* Well i can't deny that Apple is the best producer for gadget and well established brand in the world tapi tak bermakna tak ada yang boleh celen Ipad 2. It's undeniable that Ipad punya icon sangat menarik dan comel..tapi Ipad more to simplicity, not multitasking.






Ini diaaaa. Perkenalkan Si Handsome kacak dan bergaya







SAMSUNG GALAXY TAB 10.1








10.1-inch screen ok. Ipad 2  9.7-inch je. Booo
design yang cool dan lain dari lain..it's easier to grab..tak licin which fits our palm



SAYA TERTARIK sebab dia 8MP camera at the back. Full HD 1080p weh , Ipad 2 720p je! Tablet yang 0hsem! Front facing camera is 2MP which is already great for video call.

Walaupun berbekalkan 10.1 inch screen, beratnya masih ringan dari Ipad 2 tau, which is only 599g. Hurrah!

Masih belum launch di Malaysia. Harga pun unavailable. Harap bawah rm3k, it's still worth to buy. 
Untuk yang tak tau, Model Samsung galaxy Tab yang sebelum ni ada function call, i'm not sure for this one yet. Samsung masih tak bagi full specifications. Saspen Saspen. U watch out Apple. ^_^

I think this is the time for me to spend for something that's worth the wait. Lama dah tunggu menatang camni keluar. Tak sia-sia pengorbanan saya menunggu. This is definitely something that i can reward for myself. Tunggu orang kasik jangan harap la kan? Next month dah birthday saya, anyone nak menderma? Sorang singgit. Kalau 3000 orang dah bole beli dah menatang ni. 3000 orang? 100 orang nak jenguk sini sehari pon payah. Toksah nak berangan.

Baik Target Bulan 5 untuk memiliki menatang ni. InsyaAllah..Moga Allah memudahkan urusan saya.






Monday, February 28, 2011

Petik nama bikin blogger panas

Maaf dihulur terlebih dahulu. Entry ini bakal mengundang kebencian atau ketidakpuasan. Read at your own risk~



Oh semalam kecoh pasal Entry Pelacur Blogger. Don't you read keseluruhan entry tersebut ??? It's pelacur blogger, not Pelacur Body. Mesti kuat tidur masa cikgu mengajar kat depan. Lacur bermaksud bukan sekadar tubuh badan sahaja, masalahnya sekarang masyarakat dah terlalu biasa dengan istilah pelacur-pelacur di kelab malam yang memang tujuan mereka untuk melacurkan body. Tak faham ke penulisan dia menjurus kepada teguran/sarcasm dan bukan kutukan. Satu patah haram pun saya tak nampak dia guna kata-kata carutan/makian atau ayat yang tak sepatutnya. Yes pelacur adalah satu ayat yang hina. Tapi kita kena tau, dalam sesuatu ayat, perkataan itu boleh jadi maksud yang berbeza. Sama seperti English, bear membawa dua maksud, beruang dan menahan. It depends on the context.

Cuba jangan melenting dulu. Baca leklok dan dalam keadaan tenang. InsyaAllah korang akan faham apa yang dia cuba sampaikan. Bila dia Petik nama terus riuh sekampung. Dandan time tu semua buat syarahan agama. Kemain. Jangan sebab nama yang dia bagi contoh tu adalah faveret korang, mulalah menggunakan agama untuk untuk menyokong hujah masing-masing..Mengaibkan? How do you define Aib? Korang kena faham, dalam teguran dan nak pertahankan sesuatu hujah, kena disertakan contoh supaya lebih jelas dan kebetulan pulak orang tu dikenali ramai..bukan maksud dia nak mengaibkan.Tak faham, tak habis-habis ayat aib yang keluar. Pusing-pusing ayat sama. Saya pun belajar agama jugak tapi jangan sebab kita suka seseorang tu kita back up dia sehabis mungkin. Kadang-kadang penulis macam Lensa Rosak harus ada dalam blogging. Ni suma nak mintak puji lawa cantik je walaupun sebenarnya tak...mana kejujuran dan kebenaran yang disarankan dalam agama kita?

Penah dengar Rasul junjungan kita bersabda? "Berkatalah yang benar walaupun pahit"

Masyarakat Melayu dah terlalu biasa dengan tegur secari berlapik, takut tegur direct sebab kebenaran itu menyakitkan. Pernah juga dulu nama saya terselit dalam salah satu entry beliau tapi tah, tak jadi kudis dan tak heran sebab i know, this is the risk that i have to bear in blogging world. I Jeopardize myself. Kena terima apa jua kemungkinan. Same as copy paste thingy. Can u control it? Tak an? Hanya dengan satu click pada mouse anda, dan satu saat anything can happen. Kalau kita tak sanggup benda-benda yang konon "mengaibkan" itu terjadi, kenapa perlu memperhambakan diri  dalam dunia blogging?  Taknak terima jugak yang keburukan dan kelemahan semua berpunca dari kita sendiri. Jangan jadi seperti artis yang hanya tahu salahkan pereka fesyen sebab pakai sexy..Cuba belajar bersyukur sebab dia sudi menegur walaupun agak harsh, kalau sayalah, memang sangat berterima kasih la sebab dia tegur. It's better daripada terus memalukan diri sendiri di alam maya. "Oh maybe i should stop embarrassing myself" Sila tampal ni kat dahi masing-masing

Looks like i'm on lensa rosak side? Judge as you want. I just want to rephrase what he has written on his blog. That's all. Kepada yang masih tak faham terms yang dia gunakan, memang baca sekali macam nak bako je dia..tapi cuba fahami disebalik ayat PELACUR BLOGGER. Ada kebenarannya. Biasakanlah diri baca novel-novel sasterawan negara sebab ayat-ayat mereka memang power dan menusuk..just like Lensa Rosak. Tapi ramai tak gemar penulisan sebegini sebab ada maksud tersirat. Orang dangkal bahasa susah sikit nak paham la.

Cuba lihat antara yang memberi komen di entry beliau, nampak sangat kedangkalan mereka..antara mereka yang pangkah abis entry tuh. Secara tak lansung memperbodohkan diri sendiri dan nampak sangat kurang ilmu di dada. Cmon, jangan main-main issue agama..dan tak perlu tukarkan benda ilmiah jadi tabloid tempat korang berperang dan sebar benda tak betul. Ini BLOG YE..BUKAN PAPER METRO. Harap maklum.