Sunday, January 30, 2011

Bila Sendiri tapi Tak Mencari

Anda single? Huh, normal tak bila tengok orang kata dia single but not available. Heck menipu gila ! Apa maksud kamu dengan not available? Status yang tidak pernah logik untuk digunakan. Menurut pengalaman, mereka yang pakai status ni sebenarnya untuk reject orang-orang yang mereka tak suka, benci dan meluat. Cuba kalau orang tu menepati ciri-ciri idaman? Amboi, cepat je kau kata available kan? Terus set date untuk dating, bergayut sampai panas telinga, jika satu hari tak charge telefon tak sah lalu malam tu jugak tukar status kat facebook In a Relationship. LAJU mcam unifi, lagi-lagi zaman sekarang ni, semua cepat, pantas dan mudah.
Saya selalu berpegang satu pepatah, easy come, easy go. Sesuatu benda yang kita dapat dengan mudah dan pantas, sukar untuk kita hargai untuk jangka masa yang panjang. Mungkin ada yang hargai tapi nisbah amat sikit. Susah dapat, susah lepas. Camtu la lebih kurang.

Kalau ada yang single tapi tak mencari salah ke? Asal single je terus nak sambar..gelojoh betul. Let them enjoy their single time. Mungkin ada sebab mereka masih sendiri. Contoh sebab luka lama masih terpalit dan tak bersedia lagi untuk commit.

Pengalaman tu guru terbaik. Single tapi tak mencari adalah bagi mereka yang sudah lali dengan drama percintaan..dah berapa ramai drama king atau drama queen yang ditemui sepanjang perjalanan. Semua jadikan mereka R & R sahaja.  Bila nak jumpa stesen terakhir? Oleh sebab itu mereka ni lebih gemar berkawan dan broaden the circle of friends. Memang tak mencari tapi dalam hati mesti ada terdetik akan jumpa dengan Mr/Miss Right. Tipu kalau cakap takde.  Bagi mereka ini adalah jalan terbaik untuk move on with life without any commitments ataupun bila dah dapat yang sesuai, mereka akan terus berkahwin tanpa perlu lalui fasa in a relationship. . Tak payah nak couple-couple ni. Enough. Ceh tetibe nak emo pahal. =_=' baik mengaku sekarang. FINE, boleh dikatakan saya pun nak macam tu. Status terus married je. Boleh?

Bila sendiri tapi tak mencari, it doesn't mean mereka sombong dan terus akan reject salam perkenalan. Bergantung pada tahap keikhlasan korang nak berkawan. Adakah anda Friends for something? "Saya ikhlas nak kawan dengan awak" Ayat klise' kan? Macam mana nak detect keikhlasan? Let God make the judgement. So tak perlu nak claim diri awak ikhlas seolah olah puji diri sendiri. Saya faham, ada segelintir yang betul-betul ikhlas nak berkawan tapi mungkin Si Sendiri ni dah immune dengan ayat Saya ikhlas. Udah-udah le tu ayat sama. Tak kira laki mahupun perempuan, akan terpacul jugak ayat Saya ikhlas tu. Cuba olah sikit creativity masing-masing. Bukan suruh jadi sweet talker, this is effort that i'm talking about. Usahalah jika ikhlas mahukan Si sendiri yang tidak mencari ni. Usaha tu ada macam-macam kan..mulut atau action? Action works better untuk Si Sendiri ni sebab words are too much to swallow. Enough la kata-kata pujangga. Dia akan teruja dengan action anda. ^_^


Si Sendiri tapi tak mencari mungkin sudah ada criteria yang menjadi kayu pengukur untuk berkawan disebabkan pengalaman silam yang selalu hujan ditenghari. Bukan memilih tapi berhati-hati. Faham la sikit dan jangan nampak anda terdesak  sebab dia cukup anti dengan si terdesak.Slowly dia akan menghilangkan diri jika anda nampak terdesak di matanya.

Oleh itu, macam saya katakan awal-awal tadi *curik quote dari twitter kot* Don't want you as R & R, i want to make u my destination. PENAT TAU BERHENTI BANYAK KALI. Bila nak sampainya? Minyak dah habis banyak, tol lagi. If you wanna play around, golongan ni bukan lah orangnya. Go seek for Single but not available people sebab mereka memang tengah mencari dan mahukan relationship. Malu tapi mahu kononlah kan. Janji kau hensem dan kaya. Okeh kalau dah cukup syarat, GO. * serious tulis guna emosi tanpa berfikir dengan waras*

Ini adalah entry syok sendiri dan ditulis atas dasar emosi plus pengalaman sikit-sikit. Mungkin entry saya kali ni  sesuai dicop like talk to the hand ? Tah ilmiah ke tak saya pun tak pasti. Nak bantai kritik silalah. I would love to hear from you guys.
tempat lain tak de ke? Kereta kereta kereta

Thursday, January 27, 2011

Mata Palsu dan Kaca Mata

gambar hiasan effect from photo scape


Sekarang saya nak tanya, mana semua gadis-gadis yang pakai cermin mata ni pergi? Perempuan bercermin mata dah berkurangan, migration beramai-ramai ke ?  Cermin mata dah tak jual lagi ke? Focus Point dan England Optical dah bungkus ke? Baik, cukup soalan bangang Mahirah.

Saya nampak banyak orang pakai mata palsu yang bewarna-warni . Mata palsu hotak mu. Nama dia LENS. Takyah tengok di luar, dekat blog aja dah beratus kita bole nampak orang pakai contact lens. Macam-macam colour ada. Biru, ungu, hijau, you name it. Merah ada orang nak pakai tak? Size ada besar ada kecik. Mata boleh transform seperti Rozita Che Wan ataupun anime yang mata bersinar-sinar. Kadang-kadang saya bertanya " asal kau pakai lens? kau tak rabun kan? " Jawapannya sebab mata dia kecik dan sepet so nak bagi besar sikit sebab tu haruslah pakai lens. Kau tak rabun tapi gatal nak pakai lens, yang rabun-rabun nak pakai lens suka hati lah..tapi yang tak rabun ni apasal? Rabun betul-betul padan muka.

I know it's so in right now. I tak kutuk korang nak pakai lens, tapi colour please senonoh sikit especially korang yang berhijab. Lens warna hitam sudah. Warna warni tak sesuai dengan orang Asia. Cuba tengok contoh kat atas tu. Hodoh kot mata colour biru. Lagipun sama macam kita mengubah ciptaanNya sebab colour mata hitam tadi kita tukar jadi colour lain. Indeed it's temporary but at the same time deceiving people. Gambar hiasan saya tu confirm la edit kan, kalau tertipu juga memang setupid kot orang tu. Ops. Sesetengah tu dalam gambar, homaigod cantiknya mata kau. Ada orang boleh tertipu tahu? Mungkin kerana tak berapa nak tau pasal dunia kecantikan atau lens ni, so they assume that it's your original eyes. Taknak la buat khutbah kat sini and you guys boleh fikir whether it's deceiving or not and in Islam deceiving is absolute NO NO. 

It's like scary when people are so obsessed getting these stuffs to make themselves look amazing. Stay true to yourself. Cam Bruno Mars nyanyi, You are just amazing just the way you are. Mata sepet? Enhance dengan eyeliner. Tak salah sebab in Islam memang digalakkan bercelak. ^_^ hoyeh. Ini satu kelonggaran kan? So dah bagi green light, bantai je la pakai celak tebal sikit. Nak semayang pepandai la tanggalkan takkan tu pun nak ajar. ^__^  Cuba elakkan pakai lens kaler-kaler tu ye sayang sayang ku. It's not appealing, it looks funny.

Mesti ada yang tak agree dengan entry ni, well it's up to you and i'm here just to share the feelings and not to judge you. Lawa apa orang pakai cermin mata. I think they look sweet and innocent. Macam ayu je. Luckily saya tak rabun , kalau tak confirm duit melayang beli cermin mata yang lawa-lawa. Yes i prefer glasses. Sorry i just think that lens nampak fake. Oh ya saya lupa, cermin mata memang mahal kan? Lens tu murah ke mahal? Kena tukar-tukar jugak kan? Agak-agak dalam setahun berapa kali korang tukar lens ye? Dia punya pencuci lagi. Entahla, u do the maths. 

maklumat tambahan
Punya lah kurang ilmu saya ni sampai sekarang baru tau fake eyelashes tu tak dibenarkan. Baru tengok ceramah. Boleh la bukak you tube skarang. Meh saya quote Dr Asri " Bulu mata palsu tak dibenarkan, sebab apa kalau masa merisik tu bakal suami tengok bakal isteri dia bulu mata panjang, masa dah kahwin tengok-tengok isteri dia tak ada bulu mata padahal dia punya la berkenan kat mata isteri dia ni masa merisik tu, Jadi dia rasa tertipu"  Berbalik pada issue mula-mula tadi..ini soal deceiving. Jangan buat orang rasa tertipu dengan penampilan kita. Enhance sikit-sikit takpe tapi jangan modify atau menambah..baiklah, jangan aku kena cop ustazah lepas ni dah la ye. ^_^

Monday, January 24, 2011

Kehendak mengatasi keperluan?


Setelah 4 bulan menjadi penganggur dan mahasiswa yang kurang produktiviti, saya akhirnya mahu kembali menjana kewangan sendiri. Alhamdulillah, sedar diri jugak. Takkan selamanya nak perabis duit ayah bonda? Belajar dan makan minum sedia ditanggung beres. Jadi rasanya ketebalan muka dah semakin nipis, jadi sudah wajib mencari side income untuk menampung keinginan diri yang melampau. Melampau apenya kalau setakat nafsu makan je yang berkobar-kobar. Nafsu shopping saya agak kurang sedikit bila nak dibandingkan dengan nafsu makan, tapi bila takde duit semua nak beli..*hampir semua orang camni kan?*


Kalau takde duit satu je benda di fikiran. "kempunan lah nak makan sedap-sedap dah" Rakan-rakan ajak makan best sikit mula rasa tak senang duduk sebab tak dapat join. Hamboi takkan nak pau duit diorang.

Bila di tanya pasal wishlist, apa sebenarnya impian tu? Semata pasal material dan poket yang penuh ke? Nak ikutkan memang nak beli macam-macam. Suatu masa dulu pernah dapat gaji yang sangat sikit dan mata mula meliar cari itu ini walaupun di bank tak banyak cash. Aim untuk bulan depan punya gaji kunun..Last-last pegi melantak kat restoran class A. Duit habis kat makanan je. PUAS HATI AKU HAHAHA *sambil usap perut yang boyot" Masa dulu, dapat komisyen lebih sikit, wang tu terus bank in kat bank yang guna buku bukan kedekut ke apa, sebab kenal diri sendiri. Duit ni bahaya beb, bole buat orang lupa diri..especially saya. Jadi untuk mengelakkan benda luar biasa berlaku, simpan siap-siap untuk kegunaan masa depan *masa tu la fikir*. So skarang ni masa depan tu tengah terjadi. Memang berguna sangat duit yang disimpan tu. Bersyukur tak guna untuk beli harta duniawi. Dapatlah juga guna untuk minyak, makan, tol sebab baru dapat kerja baru dan memerlukan sedikit investment untuk start..wah berguna jugak savings aku dulu. Ka ching! Takpe invest duit sendiri dulu untuk hasil yang memberansangkan kelak. InsyaAllah.

Pernah tak korang terfikir, kita tukarkan wishlist kita tu, jadi orang lain punya wishlist? Maksudnya seperti    "Nak penuhi impian mama & baba naik haji lagi sekali" eceh,muslimah betul impian.haha. Kita penuhi impian orang lain tapi at the same time memang tu impian kita jugak. Eh korang faham tak ni? Kalau si suami, impian nak bawak anak isteri jalan-jalan melancong. Isteri pula sibuk nak hotkan atau menguruskan badan untuk suami dan dalam masa yang sama untuk kepuasan diri sendiri. Wah sangat noble la kalau korang macam ni sebab selalunya kalau dah dapat duit dalam tangan, esok dah habis sebab beli satu benda tapi harga macam boleh beli 10 barang yang penting untuk diri sendiri..ye inilah konsep dinamakan sayang diri sendiri sebelum orang lain. (Memang tak ah =_=')

Nak cakap pasal pembaziran tak boleh sebab material ni ikut keperluan masing-masing ? Saya tak perlu gadget canggih untuk berhubung sebab rasa itu bukan satu keperluan. Handset saya memang bukan the latest, yang penting boleh call,msg. Kehendak? Memang nak sangat tukar handset tapi duit tu saya salurkan pada tempat yang lebih berhak buat masa ini. Salurkan pada perut dan kenderaan ! Yes makanan. Tak faham dengan orang yang sanggup berlapar demi memuaskan nafsu material mereka. Duk makan semeja tapi hari-hari order air kosong sebab duit habis beli  Iphone. Kalau saya, tak sanggup berlapar demi sebuah material. NO NO NO. Kalau ada lebih sikit, YES YES YES u can.

Ramai bertanya, apa rahsia saya simpan duit. Ok nak kongsi sikit. Nafsu belanja anda besar? Sila overcome dengan masukkan duit dekat bank selain CIMB atau Maybank atau bank yang kurang cawangannya di Malaysia. Sebab apa, kalau bank tu jauh lagi bagus, awak akan rasa malas nak bawak keluar duit. Seriously. Tapi ini saya. Kalau anda nafsu lebih besar, silalah beristighfar..Set your priority. Kalau ada kawan-kawan yang gila shopping, elak jumpa buat sementara. Bila depa dah kering, baru lah pi jumpa untuk pengajaran sebab perempuan lepas shopping kadang-kadang akan merungut "abis duit aku..beli itu beli ini bla bla bla" Time tu kau bole imagine if you were in her shoes..mesti ada regret sikit perabis duit sebab ada lagi keperluan yang perlu beli selain kehendak. Tak salah nak beli apa yang kita hendak tapi tolonglah gunakan duit tu untuk keperluan dulu so at the end kau tak end up pinjam duit kawan untuk isi perut kau hari-hari.

organize your money !
Saja nak share cara urus duit especially yang perempuan ni. Jangan jadi hamba fashion. Once kita dah stuck, apa orang lain pakai, of course kita nak beli jugak.kan? Tudung ke shawl ke baju kat blog ke. Sedap beli sedap pakai, orang lain makan kita berlapar. Don't make yourself look ridiculous and dumb. Kita ada akal satu tapi tolong guna okay..tapi kalau awak degil juga suka hati la. The money is yours bebeh.
Fashion Disaster walaupun barang mahal nampak tak kena
Sekarang memang tak ada duit boleh mati. Kentut je tak payah bayar. So korang sanggup mati berlapar untuk memenuhi nafsu shopping? Kalau ye, Bolehlah tersenarai dalam Blog Obefiend Serius lepas ni , mungkin sesuai under label SERIUS BODOH.