Friday, April 8, 2011

Lelaki dan Solat Jumaat

Assalamualaikum. Ini edisi khas hari Jumaat. For us to ponder.

Penting untuk semua maklum yang lelaki Muslim itu diwajibkan menunaikan Solat Jumaat bukan? Baik, yang saya tahu memang setiap Jumaat, start pukul 12 ke atas  lelaki akan keluar office dulu berbanding perempuan. " makan dulu lepas tu bole terus ke masjid, dapat jugak saf depan"  Last-last tengok pukul 1:30 ada lagi kat tangga office dok melayan 3gp+ sekotak Malboro merah diserikan dengan Nasi campur dan Nescafe dah bungkus siap-siap. Amboih kemain, macam dah berkelah di tepi tangga. Tengok atas tangga tingkat lagi satu, Bukan sorang dua ya tapi satu rombongan Cik Kiah melayan 3GP beramai-ramai..di hari Jumaat? =_=' Sedihnya, orang-orang yang dah berkahwin pun join sekaki..mereka pulak yang terlebih excited. Kaki auta punya orang.

Itu satu hal. Ada pula pergi Solat Jumaat tapi tak solat 5 waktu. Camna eh tu? Ada kaum Adam yang nak share kenapa berbuat demikian? Adakah kerana kalau tak pegi Solat Jumaat takut orang mengata dan kalau tak solat 5 waktu tu takde orang nampak? Apatah lagi sekarang ni perempuan pun cair tengok lelaki pegi semayang..lagi-lagi kalau hari Jumaat sebab banyak lelaki pakai baju Melayu ataupun berkain pelekat. Perempuan pon satu, lelaki solat 5 waktu takda nak beriya kecoh cair pulak? =_=' Sumpah tak faham..I think kekacakan lelaki dan solat Jumaat is overrated..hotlah sangat kalau solat 5 waktu diperkecilkan. EPIC FAIL.


Ada yang lagi pelik, solat 5 waktu tak pernah tinggal tapi Solat Jumaat tak pergi pulak. Selagi tak sampai kali ketiga tak apa katanya.. Padahal cukup syarat wajib pergi semayang, adakah dia terencat akal? Katakan belum aqil baligh..nampak beno nipunya..

Tapi paling tak hairan kalau ada yang tinggalkan kedua-duanya. Malah amat ramai. Bukan nak main tuduh tapi memang terang-terang jelas tak pi solat. Kalau dah duduk dekat cubicle/workstation dari jam 1 sampai jam 5 kejadah nya. Mungkin dia Solat Zohor dalam hati je. Tak payah dengan anggota badan. Di mana kesedaran kaum Adam sekarang?

Di kala sibuk dengan gadis shawl dan sebagainya..saya percaya ada yang terlepas pandang tentang perkara ini. It's not cool okay ..lelaki tak pergi semayang is so not cool.. Come on..pergi solat Jumaat tu ada khutbah free tau..Nikmatnya dapat ilmu percuma tapi kau tak hargai kenapa wahai lelaki..camna nak didik kami yang lemah ni kalau benda basic yang wajib pon kau tak buat.



Hadir di solat Jumaat tanpa mendengar khutbah ibarat tidak dapat pahala bonus. Kau ibarat "hadirkan diri" tapi bonus point/extra marks tu tak dicatat oleh para malaikat. Solat anda itu sah tapi no extra points. Tambah menjengkelkan kalau ada yang datang konon dengar khutbah tapi kat tangan dok main angry bird/msg girlfriend ataupun lagi puaka kalau baca suratkhabar and magazines. Sangat kurang ajar. Gasaklah kau orang punya pahala, ni nak bagitau je. Sumber ni pon saya tau dari sini.

Tolonglah buat dua-dua ya, dengan niat yang betul, kan molek..barulah ciri-ciri suami idamanku. Amboih.

p/s: sempat lagi post entry tengah exam nih.

15 comments:

Cik Azz said...

Wah.. wahh.. wahhh.... sempat lagi buat entry panjang berjela even bizi dgn exam.... hehe..

Betul kata Ira tu.. Kadang2 susah nak cakap.. Hope lepas ni ada la 'bakal2' suami yang berubah ke arah kebaikan... wink.. wink...

Lambat lagi ke exam nak abeh Ira.. Hope semuanya okay2 saja..

A.I said...

susah kan nak cari laki yang betol2 baik laa nih?

paling tak suka jumpa laki yang wont feel any bad even tak semayang jumaat or daily prayer. mcm haper2 tah! grr grr!

btw, good luck exam.

FIRDAUS HUSAIN / TUYUK said...

ye lah,orng macam2 perangai..
bg sy kalau hati x ikhlas nak sembahyang memang berat la dia nk kerjakan nya..rasa senang untuk buat perkara yg lain..

Anonymous said...

peerghh entry terbaek, mmb btul pon!
kt rumah2 pon salu cmtu, tyme org solat jumaat la org2 dbkl dtg nk pungut snmpah, yg sedeh nye smue melayu lak tuh,
ni lah org pggil miskin harte dan miskin agame juge, sgt sedeyh =.='

Unknown said...

bagus2 cik mahirah. teruskan. bercounter attack sesama jantina dgn point2 yg nyata..baru ada persaingan yg sihat di situ. hehe..

hmm, situasi yg solat 5 waktu, tapi solat jumaat tak pg tu mungkin sgt jarang..tp kat mana2 tempat kerja pn, mesti akan jumpa lelaki yg takde rasa bersalah tinggalkan solat jumaat. ish2..

entri yg membina, take note ye lelaki semua. eh, JT pon sama..=p

Anonymous said...

assalam...nama adam diseru2 disini tp baru sekarang muncul...peliks jugak dgn segolongan yang keras kepala tak pi tunai kewajiban...

PeNgEmiS dUniA said...

dah menjadi perkarA normal lepas khutbah baru dtg , tmbh yg mude2 . yg lagi cm celaka bila pergi xsemayang melepak kat luar smbil buat bsing . motif dtg ? bangang je jwpn yg layak .

nice entry mahirah

Sufy said...

kalo laki tu rajin solat jumaat, insyaAllah boleh jdi suami..heheheee

Cik TeN10 said...

i like this !!

hurmm.. skrg ni dh la bilangan kaum adam sikit berbanding kaum hawa.. nk crik yg berkualiti plak susah.. gawat nih nk crik calon suami yg beriman..

good luck for ur exam ! :)

Enchik Nine said...

nie mmg kes berat kot... betul kata Jejaka Terhangat tu...

myetech9[dot]com @ Enchik Nine

Lysa said...

setuju :)

kadang-kadang senang je nampak orang lelaki duduk rumah buat dek.
walaupun time tu org masjid tgh solat.

Lysa said...

setuju :)

kadang-kadang senang je nampak orang lelaki duduk rumah buat dek.
walaupun time tu org masjid tgh solat.

kyo_9 said...

fuuh.. biasanya entri macam ni di tulis oleh lelaki ntk menasihatkan lelaki lain yang malas mengerjakan solat.. first time kot baca teguran daripada kaum hawa..

tahniah, entri yang begitu bernas! kecewa ngan kaum sendiri yg leka layan 3gp (harap2 bukan 3gp yang saya sangkakan) -_-"

slm ziarah~

Titel said...

setuju!

kengkadang kat opis ckp nk pegi semayang padahal blk tido! =.='

jambancomel said...

solat jumaat bukan kerana takut orang sound "weh asal tak smayang?",tapi kita pergi ikhlas nak beribadat ,tanamkan dalam fikiran :)