Assalamualaikum. Ini edisi khas hari Jumaat. For us to ponder.
Penting untuk semua maklum yang lelaki Muslim itu diwajibkan menunaikan Solat Jumaat bukan? Baik, yang saya tahu memang setiap Jumaat, start pukul 12 ke atas lelaki akan keluar office dulu berbanding perempuan. " makan dulu lepas tu bole terus ke masjid, dapat jugak saf depan" Last-last tengok pukul 1:30 ada lagi kat tangga office dok melayan 3gp+ sekotak Malboro merah diserikan dengan Nasi campur dan Nescafe dah bungkus siap-siap. Amboih kemain, macam dah berkelah di tepi tangga. Tengok atas tangga tingkat lagi satu, Bukan sorang dua ya tapi satu rombongan Cik Kiah melayan 3GP beramai-ramai..di hari Jumaat? =_=' Sedihnya, orang-orang yang dah berkahwin pun join sekaki..mereka pulak yang terlebih excited. Kaki auta punya orang.
Itu satu hal. Ada pula pergi Solat Jumaat tapi tak solat 5 waktu. Camna eh tu? Ada kaum Adam yang nak share kenapa berbuat demikian? Adakah kerana kalau tak pegi Solat Jumaat takut orang mengata dan kalau tak solat 5 waktu tu takde orang nampak? Apatah lagi sekarang ni perempuan pun cair tengok lelaki pegi semayang..lagi-lagi kalau hari Jumaat sebab banyak lelaki pakai baju Melayu ataupun berkain pelekat. Perempuan pon satu, lelaki solat 5 waktu takda nak beriya kecoh cair pulak? =_=' Sumpah tak faham..I think kekacakan lelaki dan solat Jumaat is overrated..hotlah sangat kalau solat 5 waktu diperkecilkan. EPIC FAIL.
Ada yang lagi pelik, solat 5 waktu tak pernah tinggal tapi Solat Jumaat tak pergi pulak. Selagi tak sampai kali ketiga tak apa katanya.. Padahal cukup syarat wajib pergi semayang, adakah dia terencat akal? Katakan belum aqil baligh..nampak beno nipunya..
Tapi paling tak hairan kalau ada yang tinggalkan kedua-duanya. Malah amat ramai. Bukan nak main tuduh tapi memang terang-terang jelas tak pi solat. Kalau dah duduk dekat cubicle/workstation dari jam 1 sampai jam 5 kejadah nya. Mungkin dia Solat Zohor dalam hati je. Tak payah dengan anggota badan. Di mana kesedaran kaum Adam sekarang?
Di kala sibuk dengan gadis shawl dan sebagainya..saya percaya ada yang terlepas pandang tentang perkara ini. It's not cool okay ..lelaki tak pergi semayang is so not cool.. Come on..pergi solat Jumaat tu ada khutbah free tau..Nikmatnya dapat ilmu percuma tapi kau tak hargai kenapa wahai lelaki..camna nak didik kami yang lemah ni kalau benda basic yang wajib pon kau tak buat.
Hadir di solat Jumaat tanpa mendengar khutbah ibarat tidak dapat pahala bonus. Kau ibarat "hadirkan diri" tapi bonus point/extra marks tu tak dicatat oleh para malaikat. Solat anda itu sah tapi no extra points. Tambah menjengkelkan kalau ada yang datang konon dengar khutbah tapi kat tangan dok main angry bird/msg girlfriend ataupun lagi puaka kalau baca suratkhabar and magazines. Sangat kurang ajar. Gasaklah kau orang punya pahala, ni nak bagitau je. Sumber ni pon saya tau dari sini.
Tolonglah buat dua-dua ya, dengan niat yang betul, kan molek..barulah ciri-ciri suami idamanku. Amboih.
p/s: sempat lagi post entry tengah exam nih.