Monday, February 28, 2011

Petik nama bikin blogger panas

Maaf dihulur terlebih dahulu. Entry ini bakal mengundang kebencian atau ketidakpuasan. Read at your own risk~



Oh semalam kecoh pasal Entry Pelacur Blogger. Don't you read keseluruhan entry tersebut ??? It's pelacur blogger, not Pelacur Body. Mesti kuat tidur masa cikgu mengajar kat depan. Lacur bermaksud bukan sekadar tubuh badan sahaja, masalahnya sekarang masyarakat dah terlalu biasa dengan istilah pelacur-pelacur di kelab malam yang memang tujuan mereka untuk melacurkan body. Tak faham ke penulisan dia menjurus kepada teguran/sarcasm dan bukan kutukan. Satu patah haram pun saya tak nampak dia guna kata-kata carutan/makian atau ayat yang tak sepatutnya. Yes pelacur adalah satu ayat yang hina. Tapi kita kena tau, dalam sesuatu ayat, perkataan itu boleh jadi maksud yang berbeza. Sama seperti English, bear membawa dua maksud, beruang dan menahan. It depends on the context.

Cuba jangan melenting dulu. Baca leklok dan dalam keadaan tenang. InsyaAllah korang akan faham apa yang dia cuba sampaikan. Bila dia Petik nama terus riuh sekampung. Dandan time tu semua buat syarahan agama. Kemain. Jangan sebab nama yang dia bagi contoh tu adalah faveret korang, mulalah menggunakan agama untuk untuk menyokong hujah masing-masing..Mengaibkan? How do you define Aib? Korang kena faham, dalam teguran dan nak pertahankan sesuatu hujah, kena disertakan contoh supaya lebih jelas dan kebetulan pulak orang tu dikenali ramai..bukan maksud dia nak mengaibkan.Tak faham, tak habis-habis ayat aib yang keluar. Pusing-pusing ayat sama. Saya pun belajar agama jugak tapi jangan sebab kita suka seseorang tu kita back up dia sehabis mungkin. Kadang-kadang penulis macam Lensa Rosak harus ada dalam blogging. Ni suma nak mintak puji lawa cantik je walaupun sebenarnya tak...mana kejujuran dan kebenaran yang disarankan dalam agama kita?

Penah dengar Rasul junjungan kita bersabda? "Berkatalah yang benar walaupun pahit"

Masyarakat Melayu dah terlalu biasa dengan tegur secari berlapik, takut tegur direct sebab kebenaran itu menyakitkan. Pernah juga dulu nama saya terselit dalam salah satu entry beliau tapi tah, tak jadi kudis dan tak heran sebab i know, this is the risk that i have to bear in blogging world. I Jeopardize myself. Kena terima apa jua kemungkinan. Same as copy paste thingy. Can u control it? Tak an? Hanya dengan satu click pada mouse anda, dan satu saat anything can happen. Kalau kita tak sanggup benda-benda yang konon "mengaibkan" itu terjadi, kenapa perlu memperhambakan diri  dalam dunia blogging?  Taknak terima jugak yang keburukan dan kelemahan semua berpunca dari kita sendiri. Jangan jadi seperti artis yang hanya tahu salahkan pereka fesyen sebab pakai sexy..Cuba belajar bersyukur sebab dia sudi menegur walaupun agak harsh, kalau sayalah, memang sangat berterima kasih la sebab dia tegur. It's better daripada terus memalukan diri sendiri di alam maya. "Oh maybe i should stop embarrassing myself" Sila tampal ni kat dahi masing-masing

Looks like i'm on lensa rosak side? Judge as you want. I just want to rephrase what he has written on his blog. That's all. Kepada yang masih tak faham terms yang dia gunakan, memang baca sekali macam nak bako je dia..tapi cuba fahami disebalik ayat PELACUR BLOGGER. Ada kebenarannya. Biasakanlah diri baca novel-novel sasterawan negara sebab ayat-ayat mereka memang power dan menusuk..just like Lensa Rosak. Tapi ramai tak gemar penulisan sebegini sebab ada maksud tersirat. Orang dangkal bahasa susah sikit nak paham la.

Cuba lihat antara yang memberi komen di entry beliau, nampak sangat kedangkalan mereka..antara mereka yang pangkah abis entry tuh. Secara tak lansung memperbodohkan diri sendiri dan nampak sangat kurang ilmu di dada. Cmon, jangan main-main issue agama..dan tak perlu tukarkan benda ilmiah jadi tabloid tempat korang berperang dan sebar benda tak betul. Ini BLOG YE..BUKAN PAPER METRO. Harap maklum.


Tuesday, February 22, 2011

Damn u Cicak

Maaf, sebab tajuk entry agak *&*(^&*(&)&%$#%#%$@%~ Mode: geram
Cicak adalah binatang yang paling licik dan ada di mana-mana. Contoh, di balik pintu bilik air dan saya telah menjadi mangsa.




Malam tadi, masa nak ke bilik air, buka pintu tiba-tiba terasa ada benda terjatuh atas kepala. Tapi memula buat tak tau je la dan ia mula bergerak-gerak. START CUAK!! Tangan terus raba kepala dan baling benda tu ke lantai. Dia nak masuk kain plakkkkkkkk. Pervert gila cicak ni. Saya memang fobia cicak terus menjerit dan melarikan diri..amat malang ketika itu lantai amat licin dan terus saya tergelincir dan pipi landing dulu ke sliding door bilik air. TERBAIK kesakitannya. Rasa panas, pipi terasa kebas gila dan kepala tiba-tiba berpinar..tapi yang penting lari dari cicak dulu! Berjaya lari dari cicak itu, kat luar semua orang terus serbu sebab bunyi jatuh dalam bilik air tu kuat sangat.. Yes pipiku berdarah. Patut la rasa panas je. :'(  Tetiba baru rasa sakit gila lalu menangis~ Tuam ice batu sampai terlelap.

Dua benda dalam fikiran, muka dah cacat ke? Macam mana nak jumpa client muka herot dan bengkak nanti.
Tengok kat cermin ada garis panjang 2cm kat pipi kiri. Bole cover dengan tudung kot? kan kan.

Pagi ni takde pulak bengkak tapi terasa pipi macam besar sebelah. Macam pendarahan dalaman la konon. Perlu X-ray ke tak ni?? Takot jugak kan. Tapi memang terhentak kuat la. Alhamdulillah gigi tak bersepai..

Serious makin fobia terhadap binatang ni. Like they can smell that i don't like them. Burn cicak in hell!

Hati-hati lah ye ..moral of the story jangan berlari-lari di bilik air dan sediakan lastik sebelum menjadi mangsa binatang ini. Dia tahu kelemahan orang yang takot kat dia. HA HA. ye la tu nak lastik belum ape ape dah cabot!!

Tuesday, February 15, 2011

Cinta invisible

Kita kata kita cintakan baginda, Kita akui baginda the last messenger tapi kita ingkar dengan ajarannya..Kita lupa akan pesanannya. Ini lah namanya Cinta Invisible. Cinta yang hanya pada lisan. Hanya pengakuan tanpa perbuatan. Kita mengaku kita umatnya yang terakhir dan yang pertama dihisab kelak, but what's our action towards it? Apa persediaan kita untuk bertemu dengan baginda KekasihNya?

google image
Kalau nak jumpa sayang-sayang awak tu amboi kemain lagi nak melawa, make up, perfume satu botol, tempah restoran mahal, selalunya seminggu lebih awal dah buat persediaan rapi ehem, contoh terdekat on your birthday atau lebih tepat lagi pada hari Valentines yang harom tuh.



Nak jumpa baginda ni takkan nak jumpa muka hitam berdebu, amik buku amalan dari tangan kiri? Tambah lagi kat padang marsyar tu panas tah hengat, confirm peluh berbaldi-baldi lalu badan pun bau tengit. Nak ke kita jumpa baginda dalam keadaan yang mengaibkan dan memalukan. Baginda hanya minta sedikit je, iaitu Salawat dan Salam ke atas nya untuk kita mendapat Syafaat dari baginda. Dah tu untuk kau jugak, bukan untuk orang lain. Lagi satu solat lah 5 waktu kerna itu yang akan dihisab dulu. Lantak la kita ni baik sangat-sangat pon tapi tak solat tak guna sebab itu syarat pertama. ^_^ Jagalah solat okayyy..ikhlas tak ikhlas tu Urusan ALLAH! Jangan nak mengada tunggu ikhlas. Degil betul. Orang suruh buat tu buat je la. Suka nak persoalkan. * ish mahirah ni,suka nk emotional kalau bab camni maaf ye*

Mestilah nak jumpa baginda pon cun-cun, handsome-hansome dan naik kuda. Jalan kaki tu lambat sebab padang marsyar bukan cam padang bola biasa. Get ready to meet the most awesome man on earth di padang Marsyar kelak..pertemuan pertama. Kalau pertemuan pertama mesti nak nampak bagus sebab first impression kan? Jadi buatlah persediaan awal rakan-rakan ku, tak lama dah ni..dunia ni akan berakhir.All the things we own and the person we love will gone but only love to Allah and Rasulullah will remain till you die.



Ya Rasulullah, sukarnya untuk hidup di dunia ini tanpa mu..You were the most noble man on earth and no one could replace you. Dunia menjadi sangat dasyat dan huru hara tanpa kewibaanmu. Sukar untuk kami istiqamah, Sukar untuk kami menepis godaan dan fitnah dunia. Pelbagai manusia mahu menunjukkan kehebatan dan kebijaksanaan setelah kepergianmu. Pelbagai ragam mahu menegakkan benang yang basah sedangkan masing-masing tahu ianya salah. Kami takut ya Rasulullah, takut terpesong dari ajaranmu.

If only, Rasulullah masih ada. tentu apa saja masalah dapat kami rujuk terus.Tentu malu jika tak patuh pada ajaranmu, tentu malu untuk buat kemungkaran, mungkin dapat sedikit peluang untuk merasakan apa itu kemanisan iman seperti yang dirasakan oleh sahabat-sahabatmu baginda. Itu semua jika baginda masih ada. Perit untuk hadapi dunia ini tanpa manusia paling agung dan hebat. Sukar untuk mencintai seseorang yang tiada di depan mata tapi akan jadi mudah jika kita sendiri mencari cintaNya. Kalau kita menjauhiNya, Dia pun akan menjauhi Kita apa lagi untuk menjaga kita. Pohonlah padaNya agar kita dapat rasa bagaimana cintakan kekasihNya lebih dari apa pun di dunia ini.

Selamat hari lahir ya Rasulullah..Moga Allah limpahkan rahmat dan sejahtera ke atas mu dan keluargamu.


LAGU NI DENGAR DARI SEKOLAH RENDAH. SOB SOB NAK NANGEH

Bantu kami Ya Allah untuk mendapat Cinta dan kemanisan iman. Amin.

Monday, February 14, 2011

maaf memaafkan


Kata-kata maaf mudah untuk dilafazkan bagi sang pesalah tapi sukar untuk yang memaafkan bagi sang mangsa. Bila hendak memaafkan, mulut kata ya tapi hati belum tentu.


"Aku nak maafkan boleh, nak lupa jangan haraplah"  Ayat klise yang akan keluar dari orang yang baru terkena, dicurangi, disakiti, dikhianati atau apa saja yang sewaktu dengannya. Susah sangat kah nak ikhlaskan atau memaafkan tanpa rasa dendam dan tak puas hati? Sebab tu dah kata awal-awal tadi, ucapan maaf memang mudah tapi untuk memaafkan itu sendiri mengambil masa bukan? "Hard to say i'm sorry" sangat tak relevan dengan zaman sekarang sebab perkataan maaf itu sendiri sangat murah sehingga tak memberi apa-apa makna lagi.

Kenapa saya kata murah?

Yela, cakap I'm sorry tapi buat lagi. I'm sorry tapi mengkhianati lagi. Apa guna mintak maaf tapi mengulangi kekhilafan? Memang kita manusia yang tak lari dari kesilapan tapi apa guna pengajaran? Maafkan aku, aku tahu aku salah, memang tak patut dimaafkan. Beberapa hari kemudian, buat dajal balik. Best ke menghancurkan hati orang lain? Ini dalam konteks apa pun, baik antara kawan, ibu bapa, adik beradik, para kekasih, suami isteri atau any relationships. Jangan salahkan mereka jika sudah hilang rasa percaya kerana ucapan maaf kau yang dah tak ada nilai. God knows . Buat salah memang senang, tapi kena ingat, percaya yang hilang ibarat cermin yang berkecai tak boleh nak digam semula.

Ye ke Sorry seems to be the hardest word? Mungkin tidak, sekarang ni sepah-sepah orang kata sorry tapi tak maksudkannya pun. I don't mean all. Abeh tu segelintir? Tak, sebenarnya memang ramai orang begini. Ucapkanlah kata maaf bila benar-benar maksudkannya. Maaf tak perlu disertakan dengan janji manis untuk berubah. "Mintak maaf sangat-sangat! Aku janji aku tak buat lagi, i'll be a better person for you i swear" TIPU! Manusia memang sukar  pegang pada janji. Paling pasti janji Dia yang hakiki. Janji manusia tak ke mana. " Mak, orang janji tak buat jahat dah dan nak belajar sungguh-sungguh. Maafkan orang" Say like you mean it. Cukuplah memberi harapan pada orang sekeliling. Words mean nothing without actions.

Kepada yang mahu melupakan, haruslah memaafkan terlebih dahulu. Peritnya pengalaman mengajar untuk melakar masa depan yang lebih cerah. We cannot move on if we still have grudge. Tak kira lah orang tu mintak maaf tak ikhlas ke apa, yang penting kita memaafkan dia. Meh nak cite satu benda best, zaman Rasulullah S.A.W, sahabat pernah bertanya siapa diantara mereka yang masuk syurga. Baginda kata semua akan masuk syurga tapi yang terawal ada seorang pemuda ni. Sahabat tengok pemuda ni biasa je, buat sama seperti apa yang mereka buat. Like a normal person, nothing extraordinary. Sahabat dah pelik, lalu siasat la ke rumah pemuda ni, tengok dia buat amal ibadat cam biasa jeh. Nak tau tak kenapa? Baginda pun berkata, sebenarnya setiap hari, sebelum pemuda ni tidur dia berniat memaafkan semua kesalahan orang-orang yang membuat silap padanya dan moga Allah ampunkan dosa mereka. Ada tak sebelum tidur kita fikir camni? Tanyalah diri anda sendiri. ^_^


Apakah yang memaafkan lebih mulia di sisiNya dari yang memohon kemaafan? Isn't it obvious menurut kisah di atas? Mohla kita semua maafkan kesalahan orang yang pernah menyakiti atau menzalimi kita. Tuhan tak jadikan Syurga dan Neraka tanpa sebab. There's good people, there's bad people. Baru seimbang dunia ni. Kan? Kalau semua orang baik, neraka untuk siapa? =_=


p/s : Dengan ini saya mohon maaf di atas kelewatan mengupdate entry sejak kebelakangan ini. Betul-betul mintak maaf ni. ^_^  akan cuba kurangkan kepanjangan entry. ni pon dah abis pendek

Saturday, February 5, 2011

entry ketot


Saya pasti, masih belum cukup kenal akan diri sendiri
Maaf. 
Tidak bersedia untuk mengenali orang lain jika diri sendiri belum diterokai.
Masih cuba menggali
Bila ditemui apa yang ku cari,
Pasti..
Tuhan temukan kita kembali.

Tuesday, February 1, 2011

Please be my Valentine

Confirm. Hari ni pegi beli belah tiba-tiba mata jadi sakit sebab kedai  dah start tema kasih sayang..MERAH dan HEARTS are everywhere. Masuk February je camni. Tension. Campur pulak dengan hiasan Chinese New Year lagi lah meriah kemerahannya. Adakah terlalu awal untuk entry Valentine? Maaf, kebencian yang menebal terhadap hari tersebut mendorong untuk menulis lebih awal. Jari dah gatal.

Setelah 24 tahun bernafas, saya syukur masih waras dan tak sambut menda-menda lagha nih. I mean come on..logically, hari kekasih tu untuk satu hari je ke? Kau sambut hari kekasih satu hari, lepas tu kau buat macam hari-hari biasa. Hambar nya kalau dapat kekasih macam ni. Kenapa tak hargai orang yang kita sayangi setiap hari? Birthday tu lain la sebab memang hari lahir setahun sekali, takkan hari-hari nak sambut. =_='

Seperti juga hari ibu atau hari bapa, kita tak perlu tunggu hari tu muncul untuk hargai mereka. Anywhere anytime pon boleh kan. Banyak cara nak tunjukkan kasih sayang. Tak semestinya bila beli hadiah mahal, Oh ini tanda cintaku padamu bla bla bla. Hadiah tu kewajiban ke? It's like a signal that on 14th February, present is a must. Baik, berbalik pada hak individu itu duit korang tapi bila guna akal yang berharga, adakah ia necessary? Pada hari kekasih saya terasa mual sebab melihat terlalu ramai couple yang "tidak sah" bercengkerama  dengan style pegang teddy bear besar plus box of chocolate yang encik boyfriend kasik. Agama Islam tak ajar pembaziran, lagi-lagi invest untuk orang yang tak sure lagi dia tu untuk kita. Tak ada guarantee yang dia tu akan kahwin dengan kita. Why would you waste your money, atau lebih tepat lagi your parents money. Mungkin apa yang saya tulis agak harsh tapi kebenaran memang menyakitkan.

Kasih sayang bukan untuk tontonan umum? Kadangkala saya terfikir, cinta perlukah dipaparkan dikhalayak? Ada yang masa bercinta, lautan api ku renangi, hari kekasih tak pernah miss. Bila dah kahwin, semua tah ke mana. Isteri dah boyot malu nk jalan dengan isteri. Saya tekankan di sini tak semua begitu. Segilintir. Sayanglah, Tuhan bagi nikmat perkahwinan tapi disia-siakan sebab sebelum kahwin mungkin dah try semua. Wallahualam. Suami isteri lainlah..ada lesen besar dari yang di Atas tu. Saya suka bila tengok suami isteri yang masih tunjukkan kasih sayang di luar, all the sweetness are HALAL sebab tu ia indah untuk dipandang dan tak sakit mata..sweetness di sini bukan bermaksud body contact sahaja ye..romantik tu kan subjektif. Kalau hanya body contact semata-mata that is lust!

Anda kata Saya Cemburu? Silap lah, sebab ayah bonda dah beri lebih dari cukup =0 Kasih sayang mereka lebih besar dari kasih sayang girlfriend dan boyfriend tahu tak? Kasih sayang suami je belum lagi. Nabi kata kasih ayah bonda bawa ke syurga, tapi kasih gf/bf membawa ke mana? Pandai la fikir sendiri, tu pun kalau sudi nak pakai akal pemberianNya tu.


Bila tegur kawan-kawan mereka marah kita balik, katanya semua ada pendapat masing-masing.Yeah you're right!*nada sarcastic* Saya tak salahkan mereka berfikiran demikian. Biasalah tu, When we have someone beside us, everything we see is rainbow..  Cuba kalau tengah berhentam, terus keluar ayat kau ni*@#&*@(&#*@(&(!! dari panggil Baby trus jadi binatang yang bermula dengan B juga.

Kalau dari segi agama sambut menda alah ni dah sah Haram. Kebanyakan yang celebrate pun orang Islam. Tolonglah bangun ! Persoalannya, kenapa ramai muslim yang involve dengan propa barat ni..Hari lahir Junjungan besar Nabi Muhammad kau tak ingat pulak? Tak buat reminder dalam phone? Well, Hari Valentine memang tak payah buat reminder sebab dah lekat dalam hati. Bila akal dah jadi hamba pada nafsu camni lah jadinya. Pegi sekolah suruh belajar, ni spender pon mak basuh ada hati nak belanja girlfriend. Adik, sian mak kau..jangan lah sia-siakan kepercayaan orang tua kita. Nasib dulu masa sekolah saya sekolah perempuan. Tak de masa nak bercinta dan tak terfikir pun nak mencari walaupun kawan-kawan ramai yang dah bertukar ganti. Biasalah budak nerd dan kurang popular tambah-tambah lagi pakai gigi besi, siapa yang hairan. Baguslah pun semua ada hikmah.

Saya akui lepas persekolahan pernah nakal juga, Syukur, Alhamdulillah akhirnya Tuhan bagi juga terdetik satu naluri untuk berubah..I'm not perfect either. Zaman kejahilan telah lama berlalu, sebab tu saya pilih untuk menulis salah satu usaha saya untuk baiki diri sendiri juga. Saya jadi malu dan segan tengok saudara seislam saya rakus dengan peredaran masa yang makin moden. Mungkin dengan penulisan sahaja saya boleh menegur. Ini selemah-lemah saya. After all, i'm a human being that still in a learning process. Jika tersilap kata, maafkan saya. Kata-kata memang lagi tajam daripada pisau.